Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Lifestyle

Kuasa Viral, Pelajar Ini Sebak Bila Tiba-Tiba Ditaja Oleh Individu Baik Hati Untuk Balik Sabah


Masih ada insan yang berhati mulia untuk membantu orang lain dalam kesusahan

Kuasa Viral, Pelajar Ini Sebak Bila Tiba-Tiba Ditaja Oleh Individu Baik Hati Untuk Balik Sabah. Sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan masa yang terbaik untuk kita semua berjumpa dengan ahli keluarga dan sanak saudara.

Namun, ada juga individu yang kurang berkemampuan melihat sambutan ini kerana terpaksa mengeluarkan banyak perbelanjaan untuk balik ke kampung halaman.

| Kampungmamakcom Kuasa Viral Pelajar Ini Sebak Bila Tiba tiba Ditaja Oleh Individu Baik Hati Untuk Balik Sabah
Kuasa Viral Pelajar Ini Sebak Bila Tiba Tiba Ditaja Oleh Individu Baik Hati Untuk Balik Sabah

Pelajar dari UIA ini terpaksa menyambut raya bersama rakannya di Universiti kerana harga tiket penerbangan yang mahal

Begitulah yang dialui oleh pelajar UIA ini apabila dirinya tidak cukup wang untuk balik ke Sabah. Dia merancang untuk meraikan aidilfitri bersama rakannya yang juga senasib dengan dirinya.

Menerusi luahan pelajar tersebut melalui akaun Tiktok nya, dirinya tidak mampu untuk balik beraya ke rumahnya kerana harga tiket penerbangan yang keterlaluan ketika musim perayaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
| Kampungmamakcom Kuasa Viral Pelajar Ini Sebak Bila Tiba tiba Ditaja Oleh Individu Baik Hati Untuk Balik Sabah

Insan baik hati ini taja dua tiket balik untuk pelajar tersebut

Melihat luahan pelajar tersebut, munculnya seorang insan yang tidak dikenali yang baik hati menawarkan tiket penerbangan percuma kepada pelajar tersebut dan rakannya untuk balik kampung.

Tidak disangka-sangka, insan hati mulia tersebut menawarkan diri untuk taja dua orang pelajar tersebut untuk naik penerbangan Malaysia Airlines, dengan dua kali transit iaitu dari Kuantan ke KLIA (Kuala Lumpur) dan kemudian dari KLIA (Kuala Lumpur) ke KKIA (Sabah).

Lihat video di bawah:

Advertisement. Scroll to continue reading.
@fikarzy Alhamdulillah terima kasih sangat2 buat semua yg mendoakan kami dan beri peluang utk kami beraya bersama family tahun ni. Semoga Allah membalas jasa baik semua😊 Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin✨ ps: minta maaf kualiti camera tak lawa :’) #fypシ #sabahan #rayaperantauantakjadi ♬ Air Mata Syawal – Siti Nurhaliza

Bersyukur yang tak terhingga, sesungguhnya Tuhan adalah sebaik-baik perancang ujar pelajar tersebut.

Dan kepada insan yang berhati mulia tersebut, semoga anda dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

| Kampungmamakcom Kuasa Viral Pelajar Ini Sebak Bila Tiba tiba Ditaja Oleh Individu Baik Hati Untuk Balik Sabah

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Lawan tetap lawan.” Demikian luahan wanita bernama Nazatul Nazira yang berdepan saman daripada pelakon, Puteri Sarah membabitkan tuntutan berjumlah RM1...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Terus melakar sejarah dalam industri muzik tanah air, penyanyi Aina Abdul sekali lagi membawa pulang trofi apabila diumumkan sebagai penerima...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelakon sensasi, Azhar Sulaiman meluahkan rasa rindu terhadap anak perempuannya, Kasih Iris Leona yang sudah lama tidak pulang ke tanah...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelakon Azri Iskandar menangkis dakwaan segelintir individu yang menuduhnya sebagai kaki kikis apabila dikatakan suka mengambil kesempatan terhadap wanita. Kata...

Advertisement