Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Kuih Lapis Pelangi ‘Mendunia’, Muncul Dalam Rancangan Realiti Australia


Kuih Lapis Pelangi ‘Mendunia’, Muncul Dalam Rancangan Realiti Australia

Pencuci mulut Asia Tenggara, kuih lapis pelangi telah mendapat kemasyhuran antarabangsa selepas dipaparkan dalam rancangan pertandingan baking Australia, The Great Australian Bake Off.

Video yang dimuat naik @binge menunjukkan kuih lapis pelangi telah dipamerkan dalam segmen kuih yang turut menampilkan tukang masak, pengarah dan pengacara rancangan masakan Inggeris, Rachel Koo bersama chef Darren Purchese.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam video pendek itu, Khoo berkongsi bagaimana kuih lapis pelangi tersebut mengingatkannya kepada zaman kanak-kanaknya.

“Inilah kuih lapis pelangi saya.

“Bila melihat kuih ini, saya mesti tersenyum kerana kuih ini adalah kuih yang saya nikmati sewaktu saya kecil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kuih lapis pelangi ini juga sangat terkenal di Asia Tenggara, dibuat dengan kelapa, tepung ubi kayu dan tepung beras,” ujarnya dalam klip tersebut.

Perkara itu kemudiannya mengagumkan Purchese sehingga dia tidak boleh berhenti untuk menatap kuih tersebut disebabkan warnanya yang menyerlah.

Menurutnya, kuih tersebut sangat sesuai untuk dipaparkan dalam Minggu Antarabangsa disebabkan keunikannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kredit: @binge/TikTok

“Wow, lihat kuih ini. Sangat menarik.

“Saya rasa ia adalah kek yang sesuai untuk Minggu Antarabangsa,” komennya sambil melihat kuih tersebut.

Khoo turut mengambil peluang menceritakan bagaimana kuih tersebut dimasak kepada Purchese.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Khoo juga mengatakan kuih tersebut mempunyai keunikan yang tersendiri kerana mempunyai sembilan lapisan dengan warna yang tersendiri.

“Ia sebenarnya dikukus, jadi anda tidak memerlukan ketuhar untuk memasak kuih ini,” ujarnya.

Khoo, yang gembira dengan kuih kerana berjaya menarik perhatian Purchese turut mengajarnya cara untuk memakan kuih tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujarnya, makanan tersebut tidak memerlukan penggunaan sudu dan garpu malah, hanya perlu guna tangan sahaja untuk menarik lapisannya.

Khoo yang sudah terbiasa memakan makanan tersebut dengan cara menariknya satu per satu berkata cara tersebut lebih sedap dinikmati dengan cara begitu.

“Ia sebenarnya tidak memerlukan garpu dan sudu, jadi anda hanya ambil satu (lapisan), dan tarikannya. Kemudian masukkan ke dalam mulut anda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Terdapat sembilan lapisan, jadi penting bagi baker untuk mendapatkan kesemua sembilan lapisan. Hanya tarik sahaja.

“Dan masukkan ke dalam mulut anda,” katanya.

BACA: Kek Lapis Pandan Vanilla Yang Lembut Dan Gebu, Resepi Harus Dicuba Semua

Advertisement. Scroll to continue reading.

Komen warga maya

Perkara tersebut kemudiannya meraih perhatian orang ramai, dengan sesetengah mereka menzahirkan keterujaan dan kegembiraan hidangan tersebut mendapat kemasyhuran antarabangsa.

Rata-rata warga maya terkejut dengan kemunculan kuih lapis itu dan mula menceritakan bagaimana mereka menikmati kuih lapis pelangi dan kisah disebaliknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami orang malaysia panggil kuih lapis, saya selalu kupas satu per satu supaya tidak melekat pada gigi,” kata warga maya.

“Kami lebih suka makan kuih ;apis selapis demi selapis. Lebih memuaskan dengan cara itu,” komen netizen lagi.

“Saya tidak kupas, saya hanya makan semuanya dalam satu gigitan,” ujar seorang lagi warga maya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

@binge

Introducing this week’s technical bake: a rainbow lapis cake! #greataustralianbakeoff #gabo #thegreataustralianbakeoff #bakeoffaustralia #bakeoffau #darrenpurchese #rachelkhoo #rainbowlapis #rainbowlapiscake

♬ original sound – BINGE – BINGE

Sumber: @binge/TikTok

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 BATAM: Pulau Rempang di Kepulauan Riau tidak jadi dikosongkan untuk memberi laluan kepada projek mega yang menyaksikan kerjasama Indonesia dengan China menerusi pembinaan...

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Ternakan di negara ini dilaporkan bebas daripada penyakit Nipah di mana jangkitannya boleh tersebar melalui sentuhan langsung dengan haiwan terjangkit selain...

Mamak News

0 Warga Emas Jadikan Rumah Tempat ‘Timbunan’ Sampah, Abai Keselesaan Jiran IPOH, 25 Sept (Bernama) — Sikap terlalu prihatin terhadap alam sekitar menyebabkan seorang warga...

Mamak News

0 NEW DELHI, India – Kenaikan tinggi harga bahan masakan utama seperti tomato dan bawang menyebabkan kebanyakan penduduk di India mengurangkan atau tidak menggunakan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications