Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Kuliah UAI Di Bandar Tun Razak Ahad Ini Dibatalkan, Ini Sebabnya


Pendakwah dan penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) memaklumkan Kuliah Maghrib Perdana yang bakal diadakan di Bandar Tun Razak, Cheras pada Ahad ini terpaksa dibatalkan.

Menerusi perkongsian di Facebook, UAI meminta maaf kepada orang ramai kerana tidak berkesampaian untuk menyampaikan kuliah berkenaan.

Difahamkan, UAI hanya memaklumkan kuliah tersebut terpaksa dibatalkan atas arahan pihak berkaitan namun tidak mengemukakan sebab-sebab lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Kuliah Maghrib Perdana UAI yang akan diadakan di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak pada 16 Julai 2023 terpaksa dibatalkan atas arahan pihak tertentu.

“Mohon maaf kepada warga Kuala Lumpur dan rakyat Selangor kerana tidak dapat menyampaikan kuliah di tempat anda,” katanya pada Khamis.

Sebelum memasuki bulan Julai, UAI pada lewat Jun telah mengeluarkan jadual kuliah baharu yang memaparkan lokasi masjid dan surau yang akan beliau hadiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomKredit: Ustaz Azhar Idrus/Facebook

Lokasi ceramah tersebut, kebanyakannya diadakan di Terengganu susulan penceramah itu merupakan anak kelahiran negeri berkenaan.

Pun begitu hanya beberapa lokasi yang melibatkan negeri lain seperti Pahang, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

BACA: Syamsul Yusof Tak Jadi Saman JAWI, MAIWP

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kuliah di Selangor pernah dibatalkan

Imbas kembali beberapa bulan lalu, UAI dilapor terpaksa membatalkan kuliah yang diadakan di Selangor berikutan tidak mempunyai tauliah untuk mengajar agama Islam di negeri itu.

Walau bagaimanapun, UAI menjelaskan bahawa Masjid Bukit Jelutong tetap meminta untuk beliau hadir menyampaikan kuliah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Oleh yang demikian, UAI meminta pihak masjid untuk menyediakan tauliah sementara (ketika itu) supaya beliau dapat menyampaikan kuliah di sana.

“Kita tahu dari zaman Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan 22 bulan memang (saya) tak boleh di Selangor sebab (negeri itu benarkan penceramah) yang bertauliah sahaja.

“Cuma masjid di Bukit Jelutong, minta juga (untuk hadir) kami kata boleh, sediakan surat sokongan baru kami boleh pergi,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, permohonan itu tidak dibenarkan dan pihak UAI bertukar ke masjid wilayah yang membenarkan beliau menyampaikan kuliah agama.

“Mohon tauliah sementara untuk malam itu sahaja, dan mereka sudah mohon. Selesai semua benda dan (kemudian) dibatalkan.

“Kami akur tukar ke Kampung Pandan, tidak ada isu pun,” tambahnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan JAIS telah membatalkan ceramah UAI di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong.

Sumber: Ustaz Azhar Idrus/Facebook

BACA: UAI Diserbu Peminat Di SOGO KL, Ramai Bergambar Sampai Pelancong Hairan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Lawan tetap lawan.” Demikian luahan wanita bernama Nazatul Nazira yang berdepan saman daripada pelakon, Puteri Sarah membabitkan tuntutan berjumlah RM1...

Hiburan

3s KALAU sudah namanya Roy Azman, pasti ada sahaja yang keluar daripada mulutnya akan menggelikan hati ramai. Terkenal dengan sifat suka mengusik, Roy baru-baru...

Hiburan

3s KUALA LUMPUR — Susulan penyebaran khabar angin mengenai perkahwinan usahawan popular, Mawar Karim, bekas suaminya, pelakon juga pengacara, Fizo Omar enggan mengiyakan mahupun...

Hiburan

3s OTAI masih berbisa. Barangkali itu ungkapan sesuai menggambarkan betapa kuatnya pengaruh kumpulan muzik tersohor, Sweet Charity memperjuangkan muzik rock sejak lebih 50 tahun...

Advertisement