Hi, what are you looking for?

Mamak News

Kupekmas gesa kerajaan kekal kenaikan tahunan pencen dua peratus


PETALING JAYA – Kelab Pesara Kerajaan Malaysia (Kupekmas) menggesa kerajaan mengekalkan kenaikan tahunan sebanyak dua peratus buat pesara kerajaan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata,terdapat ura-ura mengatakan skim tersebut yang dilaksanakan sejak lapan tahun lalu itu mahu ditarik semula.

Omar Osman

Menurutnya, walaupun belum ada pengumuman rasmi dikeluarkan mengenai penarikan tersebut, namun pihaknya membantah keras jika perkara itu benar-benar mahu dilaksanakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kerajaan sebelum ini setuju kenaikan pencen dua peratus setahun selepas rundingan, tetapi kini secara tiba-tiba mahu dihapuskan tanpa sebarang rundingan khususnya dengan pesara.

“Sepatutnya, kerajaan perlu berbincang dahulu dengan persatuan pesara sebelum keputusan mengenainya diambil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, pihaknya berasa kesal kerana tidak dipanggil taklimat atau perundingan mengenai hal tersebut yang hanya diketahui melalui sebaran di WhatsApp dan media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Osman turut mempersoalkan isu mengenai pemeriksaan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) yang dikatakan telah ditamatkan buat pesara.

“Sebelum ini pesara boleh ke IJN untuk pemeriksaan jantung, tetapi sekarang kena ikut giliran dari hospital, malah pesara yang sedang menerima rawatan susulan di IJN juga ditamatkan.

“Ini bermakna kemudahan kepada pesara semakin mula hilang sedikit demi sedikit,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan mengkaji semula penarikan kenaikan tersebut dengan mengambil kira kos sara hidup dan bebanan kewangan yang semakin tinggi serta memohon pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tidak menyusahkan pesara terutamanya warga emas mengenai isu rawatan di IJN.

Tambahnya lagi, pihaknya mengambil keputusan susulan daripada mesyuarat Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja Tertinggi ( AMJKT) untuk menyuarakan masalah yang timbul secara berhemah agar suara pesara dapat didengar oleh kerajaan. – K! ONLINE



Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 PETALING JAYA – Sebuah keluarga yang mempunyai tanggungan dua orang anak atau lebih memerlukan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan sebagai perbelanjaan membeli barang basah atau...

Mamak News

0 Budak Empat Tahun Lompat Dari Tingkat 26 Guna Payung, Terpengaruh Teng Kartun Gara-gara terpengaruh teng kartun, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bertindak...

Mamak News

0 SUNGAI PETANI – Tindakan seorang pemandu Grab berhenti di luar lorong kecemasan mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di...

Mamak News

0 Rumah Kongsi Lapan Pintu Musnah Dalam Kebakaran MELAKA, 29 Mei (Bernama) — Sebanyak lapan pintu rumah kongsi berkeluasan 3,962 meter persegi di sebuah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications