Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Kurang 6,000 suri rumah mencarum dengan SKSSR di P. Pinang


SEBERANG PERAI – Hanya 5,594 wanita yang juga suri rumah di negeri ini mencarum dengan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Timbalan Pengarah Perkeso Pulau Pinang, Chiam Hong Lan berkata, satu libat urus bersama komuniti dan masyarakat telah diadakan secara berperingkat untuk menyemai kesedaran dalam kalangan golongan tersebut berhubung keperluan untuk membuat caruman.

“Kalau kita lihat, jumlah ini (5,594) agak rendah dan sebenarnya, ramai lagi wanita terutamanya dalam kalangan suri rumah tidak tahu tentang skim ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jadi, saya berharap agar libat urus yang kita buat bersama pemimpin-pemimpin masyarakat ini termasuk YB (wakil rakyat) akan memberi lebih galakan tentang kepentingan untuk wanita yang bertugas sebagai suri rumah mencarum,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika mengunjungi keluarga Allahyarham Muhamad Firdaus Rosli, 36, atau Orang Berinsurans Bekerja Sendiri (OBBS) yang maut dalam satu kemalangan ketika menjalankan tugas sebagai penghantar makanan, baru-baru ini di Machang Bubok, Bukit Mertajam di sini, hari ini. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubok, Lee Khai Loon.

Tambah Hong Lan, untuk tempoh yang sama juga iaitu sehingga 31 Ogos lalu, lebih 11,000 individu yang bekerja sendiri telah mencarum di bawah skim perlindungan yang dikenali sebagai Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Sukan

0 PETALING JAYA – Gimnas negara, Sharul Aimy Kamaru Hisam mencipta kejutan apabila membawa pulang pingat gimnastik artistik Sukan Asia Hangzhou menerusi disiplin melombol...

Mamak News

0 Kebakaran Tahfiz: Pemuda Rayu Ke Mahkamah Persekutuan Terhadap Sabitan Bunuh PUTRAJAYA, 29 Sept (Bernama) — Seorang pemuda memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan atas sabitan...

Hiburan

0 Aktres berusia 51 tahun itu berkata, dia pelik dengan sikap individu yang suka memperlekehkan orang lain hanya disebabkan perkara remeh terutama jenis kenderaan dipakai....

Mamak News

0 KLANG – Seorang wanita yang juga penduduk Bagan Teo Chew, Pulau Ketam di sini, dilaporkan masih hilang dalam kebakaran tiga buah rumah di...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications