Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Kurang lantang, saya dah tua – Naim Daniel


KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel yang sebelum ini terkenal dengan lantang bersuara dalam media sosial mengakui kesibukan dan faktor usia membuatkan dia semakin kurang mengupas isu semasa.

Naim atau nama lengkapnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 27, ketika ditemui Kosmo! Online berkata, meski sibuk dengan komitmen kerja, dia masih mengikuti perkembangan isu semasa yang berlaku dalam mahupun luar negara.

“Dah tua dan jadual keraja yang padat tapi saya masih ada dalam media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Cuma saya lebih fokuskan pada kerjaya dan mengutamakan apa yang perlu di dahulukan. Kesibukan menyebabkan saya tiada masa mengupas isu semasa seperti sebelum ini,” ujarnya.

Naim yang ditemui ketika sidang media Pesta Muzik Kuantan Bersama Ungu dan Artis Tanah Air di sini, kelmarin turut memberitahu, jadual kerjanya padat sepanjang 2024.

“Tahun ini (2024) saya anggap sebagai tahun yang terlalu sibuk kerana boleh dikatakan jadual kerja saya telah pun diisi dari awal hingga ke akhir. Alhamdulillah,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pun begitu, pelantun lagu Purnama itu menzahirkan rasa bimbang dengan peningkatan semula kes jangkitan Covid-19 dan berharap kesihatannya sentiasa terjaga.

“Harap-harap saya sihat selalu. Risau juga memandangkan kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat. Saya pun baru sahaja baik daripada demam.

“Tapi alhamdulillah, saya tidak apa-apa,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Naim pernah dikritik ramai apabila lantar melontarkan pendapatnya dalam media sosial mengenai apa sahaja isu yang melanda negara.

Walaupun dikritik, Naim tidak berhasrat untuk berhenti daripada memberikan pandangan kerana baginya itu satu tanggungjawab menegur perkara yang dianggap tidak betul.

Dalam pada itu, Naim berkata, dia tidak menghalang sebarang kritikan dan sentiasa meraikan perbincangan media sosial dalam kalangan pengikutnya. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement