Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom Kwsp Umum Butiran Pengeluaran Khas Rm10000 Dalam Masa Terdekat Tengku Zafrul

Mamak News

KWSP Umum Butiran Pengeluaran Khas RM10,000 Dalam Masa Terdekat – Tengku Zafrul


Butiran mengenai pengeluaran khas simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan diperincikan oleh KWSP dalam masa terdekat.

BACA: Kerajaan Umum Pengeluaran ‘One-Off’ RM10,000 KWSP

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan berkata KWSP juga akan mengumumkan langkah-langkah yang perlu bagi menangani isu dana persaraan ahlinya yang telah berkurangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perdana Menteri dalam satu sidang media khas hari ini berkata kerajaan membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP itu bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik COVID-19.

Ismail Sabri berkata walaupun keputusan itu sukar dibuat kerana melibatkan simpanan hari tua rakyat, namun pengeluaran khas itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Beliau, bagaimanapun merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak dan berharap mereka membuat pertimbangan sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik itu melanda negara dua tahun lepas.

Tiga program pengeluaran khas KWSP itu merupakan pengeluaran prapersaraan yang diperkenal sebagai langkah sementara bagi membantu kelangsungan hidup ahli dalam menempuh impak pandemik COVID-19 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

BACA: Bimbang Dengan Dividen Yang Diperolehi? Tukar Ke Simpanan Shariah KWSP

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam kenyataan berasingan, KWSP berkata tatkala negara sedang membangunkan semula ekonomi dan lebih ramai rakyat kembali bekerja, ia berpendapat bahawa pengeluaran kali ini adalah yang terakhir di bawah inisiatif pengeluaran khas.

“KWSP ingin menekankan sekali lagi kebimbangannya mengenai kecukupan simpanan persaraan ahli dan berharap ini akan membawa ke arah pembinaan semula simpanan persaraan dan pembaharuan sistem keselamatan sosial negara,” kata dana pencen itu. – BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement