Hi, what are you looking for?

Mamak News

Lagi kes dera di Kepong, kanak-kanak mati disyaki didera ibu saudara


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dilaporkan meninggal dunia selepas disyaki didera pengasuh yang juga ibu saudara kanak-kanak terbabit di Mutiara Magna, Kepong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 12.01 tengah hari.

“Kematian kanak-kanak lelaki terbabit disahkan pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur yang berada di lokasi kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mangsa ditemui terbaring di atas katil dengan lengkap berpakaian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pemeriksaan ke atas fizikal mangsa mendapati, terdapat kesan luka di dahi, mulut, hidung, kesan merah di bawah mata kiri dan lebam pada belakang badan serta siku kanan.

“Polis juga telah menahan suspek yang berusia 40 tahun dan mendapati telah menjaga mangsa bersama abangnya (5 tahun) sejak mangsa dilahirkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Setakat ini, polis masih menunggu keputusan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa.

“Suspek kini ditahan reman selama lima hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana kesalahan pengabaian kanak-kanak,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di negeri-negeri Semenanjung...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Dua lelaki maut disambar petir ketika sedang merobohkan sebuah rumah peninggalan kuno dalam kejadian di Rembang, Indonesia baru-baru...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PUTRAJAYA – Tiada kesepakatan antara waris, sering berlaku perbalahan tentang hak masing-masing dan waris merasakan proses tuntutan harta...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SEREMBAN – Keputusan sama ada Negeri Sembilan akan turut membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Parlimen...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications