Hi, what are you looking for?

Filem

Lagi Lagi Senario & Senario XX Bakal Ditayangkan Di Netflix Bermula 14 September!


Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan pelawak legenda, Senario yang dianggotai oleh Wahid, Azlee, Lan Pet Pet, Saiful Apek dan Yassin. Kumpulan ini turut pernah dianggotai oleh pelawak Ilya atau Pak Ya, dan juga Hamdan.

Sitkom, lagu-lagu dan filem-filem mereka pernah mewarnai kehidupan kanak-kanak yang membesar pada tahun 90an.

Sepanjang pembabitan mereka dalam dunia seni sejak pada tahun 1996 lagi, terdapat lebih 10 buah filem telah mereka hasilkan, antaranya Senario The Movie, Senario Lagi, Lagi Lagi Senario, Senario Pemburu Emas Yamashita dan macam-macam lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas Netflix menayangkan filem Senario Lagi di platform mereka bermula 5 Mei yang lalu, kini Netflix bakal menayangkan pula 2 buah filem hebat dari kumpulan Senario iaitu Lagi Lagi Senario dan juga Senario XX bermula 14 September nanti di platform Netflix.

LAGI LAGI SENARIO (2001)

SINOPSIS: Wahid menjadi mangsa kegawatan ekonomi apabila restoran eksklusif tempat dia bekerja menguncupkan tenaga kerja. Setelah gagal mendapatkan kerja setaraf kerjaya lalu, Wahid akhirnya menjadi pelayan di warung Azlee. Yassin dan Saiful, turut bekerja di warung Azlee. Masing-masing bekerja sebagai pelayan dan penebar roti canai. Warung Azlee popular kerana keistimewaan roti canai buatan Saiful.

Suatu hari, seorang pemuda bernama Mazlan, membuka warung bersebelahan warung Azlee. Mulanya, Azlee tidak berasa tergugat kerana menganggap kehadiran warung baru itu bakal memberi persaingan sihat. Tetapi pendiriannya berubah apabila Saiful mengambil keputusan untuk bekerja di warung Mazlan. Sejak itu warung Azlee tidak lagi mendapat perhatian. Azlee cuba mencari penebar roti baru tetapi usahanya gagal. Yassin turut mengikut jejak Saiful bekerja dengan Mazlan. Wahid bersimpati dengan nasib Azlee dan berazam memperbaiki keadaan. Dia berlatih menebar roti sendirian.

Suatu hari Wahid memberitahu Azlee dia bersedia menjadi penebar roti canai serta menyediakan gimik untuk menarik perhatian pelanggan setia Mazlan. Azlee mengumumkan secara besar besaran bahawa dia akan melancarkan “Roti Canai Terbang Rock & Roll”.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gimik Wahid dan Azlee menjadi dan warung mereka kembali dipenuhi pelanggan. Sebaliknya warung Mazlan dan Saiful tidak lagi mendapat perhatian. Mazlan mula mengatur rancangan jahat untuk merosak dan menghapuskan perniagaan Azlee.

Senario XX (2005)

SINOPSIS: Zoragon berasal dari planet Zuhal. Dia bertugas mengendalikan kapal angkasa yang mengangkut bahan tenaga dari Zurah ke Marikh. Suatu ketika, kapal angkasanya mengalami kerosakan akibat diserang oleh Jeneral Zoragas dan pembantunya Zolidia yang ingin memiliki mesin kuasa yang disimpan oleh Zoragon. Mesin kuasa itu mampu dijadikan senjata dan Jeneral Zoragas mahukannya untuk merampas kuasa Raja Zaragus.

Akibat serangan Jeneral Zoragas, Zoragon terpaksa mendaratkan kapal angkasanya di planet Bumi dan terdampar di sebuah kampung di Malaysia. Penduduk kampung tersebut amat terkejut dengan kehadiran kapal angkasa atau UFO itu. Dalam kekecohan yang timbul itu, seorang bomoh yang masih berpegangkan kepercayaan karut telah mengatakan bahawa kapal angkasa dan makhluk asing itu merupakan jelmaan hantu polong lalu menggunakan jampi serapah untuk menghalaunya.

Kehadiran Zoragon di Bumi juga telah menemukannya dengan gadis kampung yang bernama Siti. Akibatnya timbul konflik antara tunang Siti (Rosman) dengan Zoragon yang telah terpikat pada Siti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Netizen Cipta ‘Meme’ Vaksinasi Lawak Menggunakan Rujukan Filem Klasik Malaysia

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Bukan air terjun tapi air hujan Dah Macam Air Terjun Changi Airport, Bumbung Bocor Di Airport Kuching Jadi Perhatian Netizen. Air Terjun Changi...

Mamak News

0 NEW YORK, 31 Jan (Bernama) — Dunia sukan berdukacita dengan pemergian juara ski Amerika Syarikat (AS), Kyle Smaine yang terbunuh dalam insiden runtuhan...

Mamak News

78s Jadi Tuan Rumah, Arab Saudi Dilapor Bina Resort Ski Di Padang Pasir Arab Saudi dilapor akan membina sebuah pusat sukan musim sejuk terkemuka...

Mamak News

81s “Artis Pun Orang Biasa Juga,” Sabri Yunus Akui Minat Bundle Dari Tahun 1970-an Dalam hidup ini, manusia sentiasa mempunyai pilihan dalam setiap urusan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications