Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

Lagi Seminggu Untuk Borneo Sonic, Mural Taeyang Di Kuching Tarik Perhatian Netizen


Mural tersebut menghiasi salah satu sudut di bandar Kuching

Lagi Seminggu Untuk Borneo Sonic, Mural Taeyang Di Kuching Tarik Perhatian Netizen. Dalam hitungan seminggu menjelang acara menarik Borneo Sonic Music Festival 2023 di Kuching, satu fenomena seni telah menarik perhatian netizen dan peminat seni tanah air.

Sebuah mural yang menggambarkan wajah Taeyang, artis terkenal Korea Selatan dari ahli kumpulan Big Bang, kini menghiasi salah satu sudut di bandar Kuching, Sarawak, menjadikan tempat ini semakin indah.

Lagi Seminggu Untuk Borneo Sonic, Mural Taeyang Di Kuching Tarik Perhatian Netizen
Lagi Seminggu Untuk Borneo Sonic Mural Taeyang Di Kuching Tarik Perhatian Netizen

Mural Taeyang ini dihasilkan dalam masa lapan hari

Mural ini adalah karya dari Jagung Art, atau nama sebenarnya Aries Kong, seorang artis mural realistik yang berasal dari Sibu, Sarawak.

Menghiasi Lorong Kai Joo, Kuching, mural Taeyang ini dihasilkan dalam masa lapan hari, menunjukkan tahap dedikasi dan kerja keras yang diberikan oleh Jagung dalam setiap karyanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Lagi Seminggu Untuk Borneo Sonic, Mural Taeyang Di Kuching Tarik Perhatian Netizen

Tak sabar lihat Borneo Sonic Music Festival nanti🤭

Penampilan khas mural ini memang bertepatan dengan acara yang dinanti-nantikan, iaitu Borneo Sonic Music Festival 2023, di mana Taeyang, bakal memeriahkan pentas pada 7 Oktober nanti di Kuching.

Netizen di media sosial telah memberikan pujian dan respons positif terhadap karya seni Jagung ini. Ramai yang kagum dengan detail yang diperlihatkan dalam mural tersebut.

Lagi Seminggu Untuk Borneo Sonic, Mural Taeyang Di Kuching Tarik Perhatian Netizen

Bagi anda yang berada di Kuching atau berdekatan, ini adalah peluang anda untuk menyaksikan artis-artis antarabangsa beraksi di Borneo Sonic Music Festival 2023!

Jika anda masih belum memiliki tiket, jangan risau! Datang dan singgah ke booth Borneo Sonic Music Festival yang berada di The Spring, Kuching. Ini adalah peluang terakhir anda untuk memperoleh tiket ke festival muzik yang dinanti-nanti ini.

Dengan kehadiran artis-artis terkenal seperti Taeyang, CL, Suho, Hyo dan banyak lagi, anda pasti tidak mahu terlepas kesempatan emas ini. Borneo Sonic Music Festival bukan sahaja menyajikan persembahan dari artis-artis antarabangsa, tetapi juga menggabungkan bakat-bakat tempatan dalam satu pentas yang gempak.

Tiket acara ini boleh beli di borneosonic.com

Advertisement. Scroll to continue reading.
Lagi Seminggu Untuk Borneo Sonic, Mural Taeyang Di Kuching Tarik Perhatian Netizen
Lagi Seminggu Untuk Borneo Sonic, Mural Taeyang Di Kuching Tarik Perhatian Netizen

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Petinju Muay Thai Malaysia Tumbangkan Lawan Dalam Tempoh 36 Saat BANGKOK, 10 Dis (Bernama) — Petinju muay thai negara Johan Ghazali mendominasi lawannya dalam...

Lifestyle

0 Lagi menu sarapan ‘lejen’ di Kuching Legend Di Kuching, Mi Jawa Rabak Ini Jadi Menu ‘Breakfast’ Kegemaran Penduduk Tempatan. Hari ini, kami akan...

Mamak News

0 Anjing Sakit Gusi, Punca Kejadian Tayar Pancit Di Itali Sejak bulan Julai yang lalu, penduduk di pekan Vastogirardi, Itali mengalami masalah tayar pancit...

Mamak News

0 Dua Petani Maut Disambar Petir Ketika Berteduh Di Pond Dua orang petani maut disambar petir ketika sedang berteduh di pond berhampiran sebidang sawah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications