Hi, what are you looking for?

Sukan

Lahirkan ‘juara’ bukan semudah masak mee segera – Azizulhasni


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PETALING JAYA – Kejayaan pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom merangkul pingat gangsa dalam acara Keirin pada temasya Sukan Komanwel dilihat sebagai pencapaian yang membanggakan negara.

Ini kerana menurut jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd. Azizulhasni Awang, proses untuk menghasilkan seseorang atlet berkualiti tinggi bertaraf antarabangsa bukannya suatu proses yang mudah.

Katanya, ia bukan seperti menyediakan mee segera yang hanya perlu buka bungkusan, campak dalam periuk dan tunggu selama lima minit untuk masak selepas itu angkat lalu makan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Akan tetapi ia adalah seperti menanam durian ‘musang king’, mempunyai proses yang amat rumit.

“Perlu dicari tanah yang sesuai untuk ditarah, penyemaian anak pokoknya perlu ikut jarak yang betul, penjagaan air dan baja yang sangat kritikal serta perlu menunggu beberapa tahun untuk pokok tersebut matang sebelum mengeluarkan buah,” tulisnya di laman Facebook.

Azizulhasni berkata, mungkin ramai tidak tahu yang sukan lumba basikal trek adalah antara sukan yang mempunyai level kompetitif yang sangat tinggi di Sukan Komanwel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru katanya, untuk memenangi pingat bukanlah sesuatu perkara yang mudah, tambahan Shah Firdaus sendiri sebelum ini masih dalam proses pembikinan.

“Kejayaan beliau di Birmingham ini menunjukkan yang beliau sudah beralih dari fasa buah putik kepada fasa buah yang masak ranum.

“Pencapaian tersebut juga telah memberikan jawapan kepada ramai pihak yang sebelum ini sentiasa tertanya-tanya, kita tidak ada pengganti ke? kita ketandusan pelapis ke? tak ada muka baru ke? Semua persoalan sudah terjawab,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa sama, Azizulhasni yakin bahawa Shah Firdaus juga mampu mengegarkan pentas Sukan Olimpik di Paris nanti.

“Disebabkan saya sentiasa berada dibawah ‘ketiak masam’ Shah Firdaus, saya sendiri sentiasa menyaksikan suka duka perit getir yang terpaksa dilalui beliau.

“Saya percaya jika setiap atlet mempunyai kesanggupan tinggi tersebut, mereka juga mampu mengorak langkah untuk pergi lebih jauh,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Teruskan Membaca

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – “Anna Jobling ialah simbol wanita yang melakukan banyak aktiviti harian dan sentiasa kekal aktif”. Demikian...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BANGKOK: Akibat desakan hidup, seorang warga emas berusia 60 tahun sengaja mencuri tiga buku sabun dengan harapan ditangkap...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. TANJUNG MALIM – Polis mengesan aktiviti penyamaran di daerah ini oleh seorang individu yang memperdaya mangsa bagi tujuan...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. UBON RATCHATHANI – Skuad bola sepak negara tetap boleh mendabik dada atas pencapaian pada Sukan Universiti ASEAN (AUG)...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications