Hi, what are you looking for?

Hiburan

Lakon watak Anwar Ibrahim, Farid Kamil minta tengok parut kening


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

KUALA LUMPUR – “Beliau (Anwar Ibrahim) seorang bekas Timbalan Perdana Menteri yang pernah dianiaya suatu ketika dahulu.”

Itu pengakuan pelakon Farid Kamil tentang penglibatannya dalam filem biopik tokoh politik disegani dunia, Datuk Seri Anwar Ibrahim terbitan sebuah produksi Indonesia, Bianglala Entertainment.

Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari juga terlebih dahulu mendapatkan restu daripada figura yang disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 itu dalam satu pertemuan empat mata bagi memahami sedalam-dalamnya watak berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami berjumpa hanya dua jam. Makan malam, tapi tidak cukup. Jadi, saya pun meminta untuk bertemu sekali lagi dengan beliau sebelum terbang ke Jakarta tempoh hari.

“Setelah saya kaji, apa yang berlaku kepadanya, saya minta beliau tolong saya sebab saya nak tengok kesan-kesan (fizikal) yang berlaku kepadanya.

“Mengikut laporan perubatan, beliau ditumbuk dan dilukai tubuh badannya dengan tujuh pukulan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya minta beliau buka cermin mata nak tengok kesan tumbukan tersebut. Saya minta beliau angkat kening dan ternyata kesan (perut) tersebut masih lagi berbekas.

“Itu yang membuatkan saya rasa membuak-buak dan bersemangat untuk menzahirkan watak Anwar Ibrahim sebagai satu flashback (imbas kembali) penderitaannya pada 1998 demi semangat reformasi,” katanya kepada Kosmo! Online.

FARID semasa diwawancara media selepas tayangan perdana filem lakonan dan arahannya Remp-It 2 di DADI Cinema, Pavillion, Kuala Lumpur.- FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

Ditemui usai tayangan perdana filem lakonan dan arahan terbaharunya, Remp-It 2 di ibu negara malam tadi, Farid, 41 menjelaskan, dia mula ambil tahu tentang perjuangan reformasi Anwar sejak tahun 1998 terutama apabila figura hebat itu dianiaya oleh bangsa sendiri.

“Saya mula tahu tentang Anwar Ibrahim ketika tahun 1998. Ketika itu, timbul satu persoalan dalam benak pemikiran, kenapa tiba-tiba mata dia lebam?

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jadi, soalan tersebut bermain di fikiran saya sejak 1998. Apabila saya baca skrip, saya melihat realiti di sebalik gambar itu membuatkan saya fikir, tanggungjawab membawakan wataknya dalam filem perlu diterjemahkan dengan sebaik mungkin.

“Saya mengikuti perjalanan politik Anwar Ibrahim sejak tahun 1998 dan saya menyokong perjuangan beliau. Apa yang berlaku kepadanya, berlaku juga kepada saya,” ujarnya yang menjalani penggambaran filem Anwar sekitar Oktober lalu.

Mengulas lanjut perihal tersebut, suami kepada aktres itu Diana Danielle mengimbau semula pengakuannya pernah disogokkan sebanyak RM5 juta namun menolak tawaran tersebut sehingga membuatkan perjalanan kariernya hampir terkubur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Suatu ketika dahulu, saya pernah dirasuah seperti yang saya pernah maklumkan sebanyak RM5 juta dan akibat daripada saya menolak (duit), kesannya sangat buruk.

“Semua itu berlaku sekitar 2017. Siapa yang ambil duit akan selamat, siapa yang tolak, mereka akan diperlakukan seperti saya.

“Cubaan-cubaan itu sama macam apa yang berlaku pada Anwar suatu ketika dahulu. Dahulu rasuah berleluasa di Malaysia. Saya pun pernah terfikir adakah itu akibat bila kita tak ambil rasuah di Malaysia,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Biarpun menjadi pelakon pilihan terakhir melakonkan karakter Anwar namun Farid berbangga apabila kebenaran perjuangan tokoh politik semakin.

Ditanya tentang kemungkinan Anwar dipilih sebagai Perdana Menteri ke-10 hari ini, jawab Farid sedikit beremosi: “Saya berharap kalau Anwar jadi Perdana Menteri ke-10, sistem di negara ini akan dibaik pulih

“Saya berasa bangga sekurang-kurangnya, apa sahaja jalan Anwar yang disekat dahulu, sekarang sudah ada jalan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sekurang-kurangnya beliau ada 10 tahun untuk memerintah sebagai Perdana Menteri. Insya-Allah.”

Filem Anwar turut dibintangi Acha Septriasa, Hasnul Rahmat, Firdaus Mat Joni, Piet Pagau serta Dewi Irawan tersebut menggunakan bahasa Melayu Nusantara beserta penggunaan bahasa Inggeris yang sedikit.

Filem arahan Viva Westi itu telah diusahakan sejak Ogos 2011 dan kini sedang di peringkat akhir penggambaran dan dijangka menemui penonton awal tahun depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berlatarkan tahun 1993 sehingga 1998, filem berkenaan diolah daripada kisah benar dan susur galur perjuangan Anwar Ibrahim melawan sistem kerajaan korup yang akhirnya dihukum penjara. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden melarang kelulusan peralatan telekomunikasi baharu daripada Huawei Technologies dan ZTE...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan kepada 4,566 pengundi yang menyongnya pada Pilihan...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. DOHA – Pasukan Perancis mengharapkan ‘magis’ Kylian Mbappe kembali bersinar menjelang aksi kedua Kumpulan D menentang Denmark pada...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam satu kenyataan media mengumumkan pendirian mereka mengenai Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications