Lebih 22,000 pesakit COVID-19 telah meninggal dunia di Malaysia melalui data yang dicatatkan sehingga semalam. Sempena Hari Malaysia, laman web C19Memorial.MY telah dilancarkan sebagai laman setempat memperingati kesemua insan yang meninggal dunia akibat pandemik di Malaysia.

Laman web ini menyenaraikan nama-nama dan gambar insan yang telah meninggal dunia akibat wabak COVID-19. Terdapat obituari pendek yang menceritakan kehidupan arwah, tarikh dan lokasi mereka meninggal dunia.
Pengunjung laman web C19Memorial.MY juga boleh meninggalkan komen atau ucapan takziah buat keluarga si mati. Setakat ini 349 korban Covid-19 telah diabadikan memori mereka di laman ini.

Pelawat juga boleh menambah nama ahli keluarga yang meninggal dunia akibat COVID-19 sekiranya ingin mengabdikan nama mereka menerusi info@c19memorial.my. Ahli keluarga juga boleh meminta supaya maklumat dipadam menerusi emel yang sama.
BACA: Lambaian Ayah Dari Ambulans Jadi Lambaian Terakhir
Memorial atas talian ini dibangunkan oleh rakyat Malaysia secara sukarela agar kematian akibat pandemik ini akan sentiasa diingati oleh kita semua.
Salam takziah daripada kami kepada semua keluarga yang kehilangan orang yang kalian sayangi akibat wabak ini.
Layari di: https://c19memorial.my/
Kredit: C19Memorial.MY / Amanz
