Hi, what are you looking for?

Sukan

Lambaian terakhir… dari Kapten Harimau Malaya kepada Shebby


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

KETUA pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak ternyata tidak menyangka lambaian kepada Serbegeth ‘Shebby’ Singh petang tadi adalah yang terakhir selepas bekas pemain kebangsaan itu disahkan meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.

Jelas Aidil Zafuan kepada CAKAPSUKAN, dia sempat melambaikan tangan kepada Shebby semasa dalam perjalanan pulang selepas mengambil anak dari sekolah.

“Saya dan Shebby sebenarnya tinggal di perumahan yang sama iaitu di Taman East Ledang, Nusajaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Selepas mengambil anak pulang kira-kira jam 5.30 petang saya dapat lihat seorang penunggang basikal seorang diri kira-kira 1 kilometer dari kawasan perumahan kami.

“Ketika itu cuaca sangat panas, saya berada dalam kereta dan sempat melambaikan tangan serta menyapanya (hai).

“Namun saya terkejut apabila melihat berita dan dan mendapat perkhabaran melalui whatsapp perumahan kira-kira jam 8 malam tadi mengenai kejadian yang menimpa Shebby,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Mendiang Shebby Singh

Terdahulu Shebby yang merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan meninggal dunia, petang tadi akibat serangan jantung ketika sedang berbasikal.

Mendiang yang lahir pada 20 Ogos 1960 merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan Malaysia berketurunan Punjabi dari 1978 hingga 1996.

Beliau juga merupakan kapten Kuala Lumpur F.A. membantu pasukan berkenaan menjuarai Piala Malaysia sebanyak tiga kali berturut-turut dari 1987 hingga 1989.

Sumber: CakapSukan.com

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Berdasarkan analisis mo-mo cuaca, angin timuran kencang dijangka bertumpu di negeri Pantai Timur dan utara...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Mohd Na’im Ketua Hakim Syarie pertama dilantik Menteri Agama KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) — Buat julung kalinya Ketua Hakim...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KYIV: Tujuh kapal yang membawa muatan produk pertanian dilaporkan berlepas dari pelabuhan di Ukraine. Lapor Xinhua, Kementerian Infrastruktur...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. DOHA – Pengurus Belanda, Louis Van Gaal memberi peringatan kepada pemainnya bahawa Amerika Syarikat mampu mengejutkan mereka pada...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications