Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

Lambat Check-In Dan Hampir Terlepas Flight, Abang Pilot Ini Tampil Tegur Influencer Terkenal


Satu team hampir tertinggal flight gara-gara lambat check in

Lambat Check-In Dan Hampir Terlepas Flight, Abang Pilot Ini Tampil Tegur Influencer Terkenal. Sejak semalam, media sosial dihebohkan dengan beberapa hantaran yang telah dimuat naik oleh seorang pempengaruh terkenal di Instagram.

Difahamkan, menerusi hantaran tersebut beliau bersama 15 orang individu yang lain hampir tertinggal flight gara-gara ‘kecuaian’ sendiri.

Disebabkan kecuaian tersebut, mereka terpaksa meninggalkan semua bagasi dan mendarat ke Sarawak dengan ‘sehelai sepinggang’ gara-gara terlambat 5 minit untuk memasukkan barang ke dalam kargo.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Lambat Check-In Dan Hampir Terlepas Flight, Abang Pilot Ini Tampil Tegur Influencer Terkenal. Sumber: Facebook

Tambahnya, peraturan yang dikenakan oleh syarikat penerbangan itu agak ketat dan beliau tidak mendapat kerjasama daripada pihak airlines walaupun hanya terlambat 5 minit.

Cadangan untuk membeli semula tiket penerbangan daripada pihak airlines tersebut tidak masuk akal tambahnya.

Susulan kejadian terbabit, seorang ‘abang pilot’ tampil memberi penjelasan kepada beliau dan orang ramai menerusi satu video di Tiktok.

Isu itu diulas oleh @bangkept di TikTok, yang juga seorang juruterbang yang turut berkongsi pengetahuannya tentang industri penerbangan di platform tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, ini kali kedua beliau menegur influencer tersebut berkaitan dengan masalah penerbangan.

Jelasnya, semua syarikat penerbangan di Malaysia akan membuka kaunter check in 2 jam sebelum berlepas dan ditutup sejam sebelum berlepas. Bermakna, sekiranya telambat anda tidak akan dilayan kerana begitulah prosedur daripada mana-mana syarikat penerbangan di Malaysia.

Menurutnya lagi, sebaiknya urusan check-in tersebut hendaklah dilakukan secara online memandangkan ianya lebih memudahkan penumpang.

Penumpang hanya perlu drop bagasi mereka setibanya mereka di lapangan terbang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk urusan online-check in ini pula, sistem akan dibuka 3 jam sebelum berlepas.

Tambanya lagi, pintu masuk pula akan ditutup 20 minit sebelum berlepas. Sekiranya lambat staf yang bertugas mempunyai kuasa untuk tidak membenarkan penumpang masuk ke dalam kapal terbang.

Tegas ‘abang pilot’ tersebut, prosedur ini diamalkan oleh semua syarikat penerbangan dan penumpang wajib ambil maklum mengenai prosedur ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baca lagi artikel menarik:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Kali terakhir dilihat di Sungai Maong, Kuching Pemilik Dakwa Boleh Bergerak Laju, Kura-Kura Gergasi Melarikan Diri Di Kuching. Individu ini muat naik iklan...

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Mamak News

0 Tak Kumpau, Budak 11 Tahun Berjaya Naikkan Ikan Keli Berat 68 Kilogram Seorang kanak-kanak berasal dari United Kingdom dilaporkan berjaya menangkap ikan keli...

Lifestyle

0 Perjalanan Alyssa dalam Universe Ticket Berakhir, Pengunduran Penuh Spekulasi Gadis Borneo Tarik Diri Dari Universe Ticket, Netizen Dakwa Produksi TV Korea Selatan Berat...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications