Hi, what are you looking for?

Tempatan

Lancar Dan Tiada Masalah, Lelaki Ini ‘Buktikan’ Lekat RFID Pada Nombor Plat Lebih Berkesan


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Sejak penggunaan RFID dilaksanakan pada pertengahan bulan ini, ramai orang mendakwa terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas luar biasa ekoran sistem RFID gagal berfungsi dengan baik.

Perkara ini berlaku disebabkan sistem pengimbas RFID menghadapi kesukaran untuk mengimbas pelekat RFID sehingga menyebabkan orang ramai terpaksa cuba mengundur dan maju ke hadapan semula beberapa kali sehinggalah palang plaza tol terbuka.

Seorang pengguna TikTok @azrizakaria901 langsung tidak menyangka tindakannya cuba meletakkan pelekat RFID pada nombor plat bahagian hadapan telah membantunya melepasi lorong RFID dengan begitu mudah sekali.

Advertisement. Scroll to continue reading.
@azrizakaria901 Letak sticker dekat belakang no plate (depan). Lebih cepat detect daripada tampal dicermin. Lebih kemas dan tersorok. Sila la cuba. #rfidmalaysia ♬ Droptop – AP Dhillon & Gurinder Gill & Gminxr

Di dalam video yang dikongsi oleh @azrizakaria901, kita dapat lihat beliau berjaya melepasi kira-kira enam plaza tol tanpa sebarang masalah. Beliau langsung tidak perlu mengundur dan maju ke hadapan semula beberapa kali seperti kebanyakkan pengguna RFID yang lain.

Hantaran video TikTok itu telah mendapat perhatian ramai dan para netizen mengucapkan terima kasih kepada @azrizakaria901 kerana sudi berkongsikan pengalaman sendiri dalam mencuba keberkesanan meletakkan RFID di belakang nombor plat.

Menurut @azrizakaria901 lagi, posisi yang sesuai untuk meletakkan pelekat RFID adalah kawasan kereta paling hadapan sekali dan tiada sebarang objek yang boleh mengganggu frekuensi signal radio antara pelekat dengan pengimbas RFID.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jika anda masih belum mempunyai RFID, bolehlah anda dapatkan satu di Shopee Touch ‘n Go dan cuba meletakkannya pada nombor plat kenderaan sama seperti yang dibuat dalam video yang dikongsikan oleh @azrizakaria901.

Beli Sekarang RFID Touch ‘n Go

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BEIJING: Balai Cerap China mengeluarkan amaran tahap merah berikutan cuaca panas melampau yang berlarutan di kebanyakan wilayah di...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LONDON – Kem Chelsea ketika ini diselubungi isu penghij­rahan pemain sayap mereka, Christian Pulisic yang terdesak untuk mendapatkan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KLANG – Suasana di kawasan pasar borong di sekitar bandar ini gempar apabila batu jejambat landasan pembinaan projek...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LONDON: Kerajaan Britain secara rasmi mengisytiharkan kemarau di beberapa bahagian England ketika penduduk berdepan langkah penjimatan bekalan air...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications