Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Landasan Kena Bom, Sebelas Gerabak Kereta Api Kargo Hat Yai-Padang Besar Terbabas


Landasan Kena Bom, Sebelas Gerabak Kereta Api Kargo Hat Yai-Padang Besar Terbabas

Landasan kereta api antara stesen Hat Yai dan Padang Besar di Songkhla dilaporkan telah dibom sehingga mengakibatkan sebelas gerabak kereta api kargo tergelincir, lapor Astro Awani.

Kejadian tersebut dilapor berlaku ketika kereta api kargo No.707 yang beroperasi antara Hat Yai dan Padang Besar menghampiri stesen kereta api Khlong Nhae di kampung Moo 2 di tambon Tha Phor, pada waktu tengah hari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Kereta api tersebut tergelincir dari landasannya selepas dentuman kuat seperti letupan bom berlaku di landasan.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut, lapor Bangkok Post.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelas daripada dua puluh gerabak kereta api dilaporkan telah terkeluar daripada landasan dan rosak teruk.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Empat kakitangan kereta api tersebut iaitu dua pemandu, seorang juruteknik dan seorang lagi kakitangan dilapor tidak mengalami sebarang kecederaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomGambar: Bangkok Post

Memetik Astro Awani, kereta api berkenaan dilaporkan membawa muatan kepingan getah ke Thailand.

Ekoran daripada itu, hasil pemeriksaan oleh pegawai State Railway of Thailand dan pegawai dari agensi keselamatan mendapati ia tergelincir disebabkan oleh letupan bom, sehingga meninggalkan kesan kira-kira sedalam 2 meter.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak berkuasa percaya bahawa bom buatan sendiri itu ditanam untuk menyasarkan kereta api tersebut.

Pakar pemusnah bom dan pegawai keselamatan telah membersihkan tempat kejadian serta mengumpul beberapa bukti.

Susulan kejadian itu, laluan Hat Yai-Padang Besar mungkin perlu ditutup selama beberapa hari untuk pembaikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Astro Awani, Bangkok Post

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Doakan segalanya dipermudahkan.” Demikian permintaan usahawan selebriti, Datuk Aliff Syukri yang memohon orang ramai mendoakan keselamatan anak bongsunya yang cedera...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Berusaha melunaskan hutang kepada kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd. Ali, pelawak Ali Puteh menjual satu persatu barangan peribadi termasuk...

Sukan

3s SHAH ALAM – Biarpun Jepun tidak menyenaraikan pemain ranking No. 6  dunia, Kodai Naraa tetapi skuad tersebut tetap menghantar pemain ternama apabila mempertaruhkan...

Sukan

3s LONDON – Aksi pusingan keempat Piala FA di Stadium Tottenham Hotspur awal pagi semalam hampir menyaksikan Manchester City terus kempunan untuk mencatat kemenangan...

Advertisement