Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Langkah Kerajaan Kutip Cukai Ekonomi Bayangan Antara Tumpuan Dewan Rakyat


langkah kutip cukai ekonomi

Langkah Kerajaan Kutip Cukai Ekonomi Bayangan Antara Tumpuan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) — Langkah kerajaan bagi mengutip cukai daripada ekonomi bayangan yang dianggarkan menyumbang sekitar 30 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara perkara yang dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut aturan urusan mesyuarat di laman sesawang Parlimen, pertanyaan itu dikemukakan Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-Kuala Terengganu) kepada Menteri Kewangan pada sesi soal jawab.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) meminta Menteri Kewangan menyatakan jumlah Ringgit Malaysia telah dilabur oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) di dalam serta luar negara.

Puah juga ingin tahu sama ada keseluruhan pelaburan berkenaan selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menguatkan pasaran ekuiti Malaysia.

BACA JUGA: “Buat Sampai 40-50 Pek, Yang Laku 5”, Kisah “Superwoman” Cekal Berniaga La’sa Joho

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) pula meminta Menteri Kesihatan menyatakan status pengoperasian, sasaran utama dan pencapaian terkini Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan sejak ia dilancarkan pada Oktober tahun lepas.

Usai sesi soal jawab, sidang Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) di peringkat jawatankuasa bagi kementerian berkaitan.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 32 hari bermula 9 Okt lepas hingga 30 Nov ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

The post Langkah Kerajaan Kutip Cukai Ekonomi Bayangan Antara Tumpuan Dewan Rakyat appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou enggan para pemainnya terlalu kecewa dan mengenang kekalahan 1-2 kepada West Ham United kelmarin sekali gus...

Lifestyle

0 Ini antara gerai yang menjual laksa Sarawak di Singapura Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura. Kehidupan anak perantau kadang...

Mamak News

0 Kes Zayn Rayyan: Polis Ambil 228 DNA Penduduk Apartment Idaman PETALING JAYA, 10 Dis (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil sejumlah...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications