Hi, what are you looking for?

langkawi travel bubble

Travel

Langkawi Dibuka Untuk Pelancongan Bermula 16 September


Pulau Langkawi bakal kembali menjadi lokasi tumpuan ramai selepas pengumuman pembukaan sektor pelancongan di bawah program gelembung pelancongan (travel bubble) yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada semalam.

Beberapa destinasi pelancongan akan dibuka di bawah program ‘travel bubble‘ ini dengan Pulau Langkawi dipilih sebagai projek rintis bermula 16 September ini.

Perdana Menteri yang mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik turut memaklumkan, destinasi pelancongan selain Langkawi akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti itu mencapai 80 peratus.

Melalui pengumuman ini, hanya mereka yang sudah lengkap dua dos vaksinasi sahaja dibenarkan untuk bercuti ke Langkawi dan hotel-hotel utama akan beroperasi dalam situasi norma baharu dengan semua kakitangan juga turut sudah menerima suntikan vaksin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, katanya, projek rintis program gelembung pelancongan adalah berdasarkan syarat-syarat yang akan ditetapkan kerajaan.

Langkawi
The Ritz-Carlton, Langkawi

Dalam pada itu, Ismail Sabri juga memaklumkan peralihan fasa di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi dua buah negeri iaitu Melaka yang beralih kepada Fasa 2 dan Negeri Sembilan beralih ke Fasa 3.

Peralihan fasa bagi negeri-negeri di tersebut akan bermula pada 4 September 2021.

Berdasarkan unjuran data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), purata kadar vaksinasi di setiap negeri dijangka mencapai 80% bagi populasi dewasa menjelang penghujung September 2021.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: SOP Bercuti Ke Pulau Langkawi Diumumkan

Teruskan Membaca

Mamak News

0 PETALING JAYA – Sebuah keluarga yang mempunyai tanggungan dua orang anak atau lebih memerlukan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan sebagai perbelanjaan membeli barang basah atau...

Mamak News

0 Budak Empat Tahun Lompat Dari Tingkat 26 Guna Payung, Terpengaruh Teng Kartun Gara-gara terpengaruh teng kartun, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bertindak...

Mamak News

0 SUNGAI PETANI – Tindakan seorang pemandu Grab berhenti di luar lorong kecemasan mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di...

Mamak News

0 Rumah Kongsi Lapan Pintu Musnah Dalam Kebakaran MELAKA, 29 Mei (Bernama) — Sebanyak lapan pintu rumah kongsi berkeluasan 3,962 meter persegi di sebuah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications