Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Lantik duta baharu di Afghanistan: China negara pertama iktiraf Taliban


KABUL: Taliban menyambut baik pelantikan duta baharu China ke Afghanistan dengan mengadakan upacara pentauliahan secara besar-besaran di Kabul.

Tindakan itu dibuat Taliban ketika kerajaannya yang dilihat tersisih dari pandangan seluruh dunia, cuba melepaskan diri daripada boikot diplomatik.
Zhao Sheng adalah duta pertama yang menyampaikan surat kepercayaannya kepada pemimpin Taliban, Mullah Mohammad Hassan di Istana Presiden Kabul.

Ia membawa petanda baharu bahawa negara jiran China itu sedang mencari jalan untuk pengiktirafan rasmi terhadap pentadbiran kumpulan pemberontak terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada upacara itu, kereta Duta Besar Zhao Sheng dilihat melalui jalan masuk Istana Presiden dengan diiringi konvoi polis.

Beliau kemudiannya disambut tentera beruniform sebelum bertemu dengan pegawai tertinggi Taliban, termasuk Mohammad Hassan, yang mengetuai pentadbiran, dan Menteri Luar Negeri, Amir Khan Muttaqi.

Menurut jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahed, diplomat itu memberi jaminan akan berusaha untuk mengukuhkan hubungan dengan Afghanistan khususnya dalam bidang politik dan ekonomi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohammed Hassan pula menekankan mengenai hubungan antara kedua-dua negara sebagai penting, selain menyentuh mengenai kerjasama bersama.

Sementara itu, kenyataan dari kedutaan China di Afghanistan yang dikeluarkan pada Rabu, menggesa masyarakat antarabangsa mengekalkan suaranya.

Selain itu, Afghanistan juga digalak mewujudkan rangka kerja politik yang inklusif, menerima pakai dasar sederhana, memerangi keganasan dan membangunkan hubungan luar yang mesra.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Taliban mengambil alih kuasa pada 2021 selepas tentera Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berundur dari Afghanistan, menamatkan perang selama dua dekad.

Sehingga kini, kerajaan Taliban masih belum mendapat pengiktirafan rasmi dari mana-mana negara, selain dikecam ramai pihak kerana pencabulan hak asasi manusia dan melarang wanita daripada pendidikan.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Takhta Liga Super Milik JDT Kali Ke-10 Berturut-Turut ISKANDAR PUTERI, 27 Sept (Bernama) — Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul kejuaraan Liga Super buat kali...

Mamak News

0 ALOR SETAR – Seramai 603 mangsa banjir dari tiga daerah di negeri ini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 5 petang...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Panik melihat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan menyebabkan ada penunggang motosikal sanggup membahayakan diri dengan melawan arus bagi...

Mamak News

0 “Tidak Mencela, Memfitnah, Memaki Hamun Terhadap Sesiapa, Keindahan Pekerti Dan Akhlak Rasulullah SAW” – PM PUTRAJAYA —  Bersempena sambutan Maulidur Rasul, Perdana Menteri,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications