Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

‘Lapan jentera Ducati terlalu hebat’


LONDON – Aprilia dilaporkan membawa misi menjadi pengeluar kedua terbaik selepas menyedari kesukaran untuk mengatasi Ducati menjelang Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Aprilia Racing, Massimo Rivola berkata, sukar buat mereka untuk berjuang memburu penge­luar No. 1 memandangkan terdapat lapan jentera Ducati dalam perlumbaan tersebut.

Tegas Rivola, keadaan menjadi lebih sukar terutamanya keha­diran juara dunia MotoGP enam kali, Marc Marquez yang kini berhijrah menyertai pasukan satelit Ducati, Gresini Racing pada musim 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pada 2023, hanya pelumba Ducati yang kerap me­ngatasi kita dan mereka mempunyai kelebihan besar dengan lapan jentera dalam litar perlumbaan.

“Musim 2024 akan menjadi lebih sukar kerana jentera yang telah memenangi gelaran dunia akan digunakan oleh Marquez. Pastinya ia bukan sesuatu yang baik untuk perlumbaan ini.

| Kampungmamakcom
APRILIA terpaksa menerima hakikat mereka hanya berpeluang merebut status pengeluar kedua terbaik untuk saingan MotoGP 2024 AFP

“Saya akui kita akan berdepan kerja yang lebih sukar, tetapi Aprilia tidak mempunyai pilihan selain memastikan jentera lebih baik serta mengurangkan kesilapan,” katanya.

Rivola turut menegaskan, Ducati mempunyai dua kelebihan semasa perlumbaan apabila mampu mengesan kesilapan le­bih cepat sebelum saingan sebenar bermula.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Matlamat 2024 adalah Aprilia mahu menjadi pengeluar kedua terbaik. Kita tahu sukar untuk melawan Ducati dengan kelebihan yang mereka miliki.

“Ducati mempunyai kelebihan dua kali ganda semasa di trek perlumbaan dan juga semua data terkumpul. Saya tidak mahu ‘melanggar’ sesiapa dan mereka sudah melabur banyak, tetapi ini tidak baik untuk saingan MotoGP,” katanya. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement