Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai sambut penerbangan sulung TransNusa


PETALING JAYA – Lapangan Terbang Antarabangsa Senai menyambut ketibaan penerbangan sulung PT TransNusa Aviation Mandiri (TransNusa) dari Jakarta ke Johor Bahru, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Senai Airport Terminal Services Sdn. Bhd., Kennedy Ayu berkata, pihaknya teruja untuk menyambut ketibaan 50 penumpang pertama dari Jakarta ke Johor Bahru melalui penerbangan pesawat 8B 651.

“Kami percaya laluan baharu yang ditawarkan oleh TransNusa dapat menarik minat orang ramai. Dengan harga serendah RM199, tiket penerbangan yang ditawarkan oleh TransNusa merupakan antara yang berpatutan dan kompetitif dalam pasaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ini adalah petunjuk baik untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Indonesia mengenai potensi Johor sebagai sebuah hab pelancongan, terutamanya bagi perniagaan, pelancongan perubatan serta liburan.

“Menjelang November, TransNusa bercadang untuk memperkenalkan satu kali penerbangan setiap hari untuk laluan sama,” katanya.

Tambahnya, empat penerbangan mingguan antara Johor Bahru dan Jakarta itu selaras dengan strategi TransNusa dalam mengembangkan perkhidmatan antarabangsanya ke Johor Bahru.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Penerbangan TransNusa Indonesia, Datuk Bernard Francis, tambang lebih murah tidak bermakna TransNusa adalah syarikat penerbangan tambang rendah.

“Kami memperkenalkan satu penerbangan yang akan berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta pada jam 12:30 tengah hari dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada jam 3:00 petang.

“Pesawat yang sama akan berlepas dari Johor pada jam 3:30 petang dan tiba di Jakarta pada jam 4:20 petang,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya, pihak TransNusa berharap dapat terus bekerjasama dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bagi mempromosikan dan memasarkan laluannya ke Johor Bahru.

Bermula 7 September, TransNusa menawarkan penerbangan empat kali seminggu iaitu pada hari Isnin, Khamis, Jumaat dan Ahad diikuti dengan penerbangan sebanyak lima kali seminggu bermula 18 September dan seterusnya tujuh kali seminggu bermula 29 Oktober 2023. – KOSMO! ONLINE.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement