Hi, what are you looking for?

Mamak News

Laporkan kejadian buli di portal aduan buli – Fadhlina


PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan menasihatkan kepada semua pelajar yang pernah mengalami atau menyaksikan menyaksikan kejadian buli supaya melaporkan terus kejadian tersebut.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, tidak kiralah sama ada kejadian itu mengganggu mental mahupun mencederakan atau menyakitkan fizikal, ia perlu mendapatkan bantuan segera agar ia tidak berulang pada masa hadapan.

Jelasnya, aduan tersebut boleh dibuat melalui Portal Aduan Buli (https://www.moe.gov.my/aduanbuli) secara atas talian, emel, panggilan telefon atau WhatsApp ke nombor 014-8009325.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya ingin berpesan supaya terus megamalkan nilai dan peribadi mulia, tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang berbahaya, menganggu atau mencederakan orang lain, berperlakuan tidak sopan dan beradab serta sebarang aktiviti yang boleh membawa kepada tindakan disiplin dan jenayah.

“Jaga diri, jaga tingkah laku dan teruskan menjadi seorang pelajar yang berakhlak mulia dan berintegriti,” katanya di laman Facebook hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menyeru ibu bapa dan pelajar agar memanfaatkan cuti sekolah yang bermula esok dengan aktiviti yang berfaedah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Selamat bercuti kepada semua pelajar dan murid selama seminggu bermula esok. Semoga kalian dapat memanfaatkan cuti ini dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.

“Saya sarankan bagi mereka yang mempunyai akses untuk ke Kuala Lumpur supaya berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia),” tulisnya. -KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 PETALING JAYA – Penyerang antarabangsa Colombia, Radamel Falcao dilaporkan sudah berada di Johor Bahru sekali gus menguatkan lagi spekulasi bakal bermain dalam kancah...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Penyanyi Iman Troye menghadiahkan wang tunai RM300 kepada pelajar yang mencapai peningkatan dalam apa sahaja mata pelajaran bagi keputusan Sijil...

Mamak News

0 KUALA NERUS – Seorang mekanik maut setelah kereta Perodua Kancil dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah jengkaut di Kampung Buluh Gading di sini, hari...

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang penyanyi cacat penglihatan dari Indonesia menerima kejutan besar apabila berjaya meraih Golden Buzzer dalam rancangan America’s Got Talent (AGT), baru-baru ini....

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications