Hi, what are you looking for?

Sukan

Latif Romly terbang tinggi di APG Solo


JAGUH Paralimpik negara, Datuk Abdul Latif Romly menepati ramalan apabila merangkul pingat emas dalam acara lompat jauh F20 pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2022 edisi ke-11 di Solo, Indonesia hari ini.

Atlet berusia 25 tahun tersebut yang meraih emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 tahun lalu terus menggegar APG selepas lompatan terbaiknya sejauh 7.20 meter (m) menambah koleksi emas keempat berturut-turut diraihnya sejak edisi 2013 di Myanmar.

Abdul Latif yang bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini gembira dengan kejayaan tersebut sekali gus menghadiahkan kemenangan itu kepada keluarganya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pingat ini saya dedikasikan kepada keluarga saya dan mungkin ini rezeki kahwin. Saya akan melangsungkan perkahwinan saya pada bulan Disember nanti,” katanya.

Lebih manis, rakan sepasukannya, Zulkifly Abdullah berjaya meraih pingat perak selepas melakukan lompatan sejauh 6.43m, manakala wakil Singapura, Suhairi Suhaini terpaksa berpuas hati meraih gangsa dengan catatan 5.78m.

Kelmarin, skuad olahraga para negara bermula cemerlang apabila menggondol empat pingat emas dan dua perak. Pingat emas negara disumbangkan Eddy Bernad dalam acara lompat jauh lelaki T44/64 (kecacatan fizikal), Mohd. Zikri Zakaria dalam acara lompat peluru F53-55 (berkerusi roda).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, bekas juara dunia dan pemenang pingat emas Paralimpik Rio 2016, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi kembali menuai emas dakan acara 100 meter T36 (cerebral palsy) dan Muhammad Ziyad Zolkefli turut menyumbang pingat emas menerusi acara lontar peluru F20 (masalah intelektual). – KOSMO! ONLINE

 

 

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement