Hi, what are you looking for?

Layan Peminat Tertentu? IU Tak Pilih Kasih

K-Pop

Layan peminat tertentu? IU tak pilih kasih


NAMA penyanyi IU baru-baru ini hangat diperkatakan netizen Korea Selatan yang mendakwa dia bersikap pilih kasih dan hanya memberikan layanan istimewa kepada peminat tertentu.

Tidak menunggu lama, agensinya EDAM Entertainment telah menyiarkan notis dalam laman kelab peminat rasmi IU sebagai tindak balas kepada spekulasi yang timbul.

Jelas agensinya, dakwaan tidak berasas sedemikian wujud selepas IU dikatakan hanya memberi layanan istimewa kepada beberapa peminatnya semasa proses penciptaan dokumentari perdananya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Semasa memantau pendapat peminat tentang dokumentari IU, Pieces: A Twenty-Nine Year Old’s Winter, kami dimaklumkan wujud perkara yang boleh mengelirukan dan menjadi salah faham.

“Selepas mengumumkan berita dokumentari itu kepada umum, kami dimaklumkan bahawa beberapa peminat menerima panggilan telefon berasingan daripada agensi IU sebelum penggambaran dokumentari berlangsung.

“Selepas semakan fakta, penulis skrip dokumentari dengan sendiri telah menghubungi beberapa peminat secara rawak berdasarkan pertimbangan peribadi dan mengadakan temu bual untuk proses dokumentari itu tanpa dipilih oleh IU,” tulis kenyataan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah EDAM, IU langsung tidak tahu menahu identiti peminat yang dipilih dan semuanya diuruskan pasukan agensi, sekali gus meleraikan dakwaan penyanyi tersebut bersikap pilih kasih.

Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 PETALING JAYA – Ramai pembeli merungut harga di bazar Ramadan tahun ini terlalu tinggi memandangkan kos sara hidup juga yang naik mendadak. Malah...

Mamak News

0 KYIV: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sa­ngat bimbang dengan dakwaan hukuman mati dan aniaya tawanan perang oleh kedua-dua tentera, Russia dan Ukraine. Dakwaan itu...

Sukan

0 KUALA LUMPUR – Beregu lelaki profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin kempunan untuk melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon Aaron Aziz tidak akan bersemuka dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof selepas dilarang isterinya, Diyana Halik daripada berbuat demikian. Aaron...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications