Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Lebih 50 Rumah Di Kampung Melayu Majidee Terjejas Akibat Ribut


Lebih 50 Rumah Di Kampung Melayu Majidee Terjejas Akibat Ribut

JOHOR BAHRU, 3 Mei (Bernama) — Lebih 50 kediaman di Kampung Melayu Majidee di sini terjejas akibat ribut petang tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Larkin Mohd Hairi Mad Shah berkata antara kerosakan adalah melibatkan bumbung rumah dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) akan dibuka di Dewanraya Kampung Melayu Majidee dalam masa terdekat bagi menempatkan penduduk terjejas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ini perlu kerana rumah yang rosak itu tidak selamat untuk didiami, ada bumbung yang terbuka luas, jadi kami ambil keputusan buka satu PPS dan galakkan mangsa pindah sementara… Kami akan berusaha dapatkan peruntukan bantuan di peringkat negeri dan pusat.

“Saya sendiri sudah menghubungi Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dan beliau memberi maklum balas positif berhubung perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat kediaman mangsa yang terjejas di sini malam ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri itu berkata pihaknya sedang mengumpul maklumat serta mengenal pasti jumlah kerugian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Johor Bahru dalam satu kenyataan memaklumkan tiga kereta rosak kerana dihempap pokok akibat ribut pada 2.48 petang.

Menurut sekretariat itu, laporan mengenai insiden tersebut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Wanita Dilapor Maut, Motosikal Ditunggang Terperosok Bawah Lori

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement