Hi, what are you looking for?

Lifestyle

Lebih Bersih Dari Percikan, Dua Pertiga Lelaki Di Jepun Dilapor Lebih Gemar Kencing Sambil Duduk


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Negara Jepun terkenal dengan tinggi dengan nilai budaya dan adab dalam kalangan penduduk. Dari segi pemakaian sehinggalah adat istiadat masyarakat, penduduk Jepun memang mempunyai nilai etika yang tinggi, sehinggakan nak tunggu kereta api pun kena beratur.

Walau bagaimanapun, terdapat satu lagi fakta menarik di mana dua pertiga bilangan lelaki di negara Jepun dilaporkan mengaku bahawa mereka duduk di atas tandas semasa membuang air kecil.

Laporan mengatakan bahawa lebih 60 peratus lelaki di Jepun dilaporkan membuang air kecil sambil duduk. Bilangan tersebut dikatakan semakin meningkat sejak lewat 90-an.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Umum mengetahui bahawa negara Jepun merupakan ‘rumah’ kepada sistem tandas tercanggih di dunia dan telah menimbulkan banyak persaingan untuk mencipta tandas yang canggih. Sebagai contoh mempunyai internet tanpa wayar atau kapasiti mengumpul dan menganalisis sampel air kencing dari jauh dan terus dihantar ke pra-hospital yang terpilih.

Bagi menghasilkan sebuah tandas yang memenuhi kehendak penduduk, beberapa syarikat pengeluar akan menjalankan tinjauan supaya dapat mendedahkan beberapa maklumat yang menarik. Seperti berapa ramai lelaki Jepun yang membuang air sambil duduk di dalam tandas.

Trend kencing sambil duduk telah dihebahkan secara berleluasa dalam kalangan lelaki Jepun sehingga wujud beberapa istilah, iaitu ‘suwari-shon’. Gelaran ‘suwari-shon’ ini pada asalnya merujuk kepada permainan perkataan Jepun ‘suwari’ yang bermaksud duduk dan ‘shonben’, air kencing.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahan pula, trend tersebut dilaporkan telah bermula pada akhir 1990-an dan beransur-ansur semakin sejak itu.

Lebih Bersih Dari Percikan, Dua Pertiga Lelaki Di Jepun Dilapor Lebih Gemar Kencing Sambil Duduk

Menjelang tahun 2007, hasil tinjauan mendapati bahawa kira-kira 40 peratus lelaki Jepun mengaku yang mereka ialah suwairi-shon. Satu lagi kajian diterbitkan pada tahun 2009 di mana trend tersebut lebih popular dalam kalangan lelaki muda yang berusia 25 hingga 35 tahun.

Bulan lalu, tinjauan terbaru dijalankan oleh pengeluar peralatan mandian jepun, Lion Corp telah menunjukkan 60.9% lelaki lebih suka kencing sambil duduk.

Daripada 1, 500 responden berumur 20 hingga 60 tahun, 49 peratus daripadanya mengatakan bahawa mereka telah bertukar cara daripada berdiri ke duduk, manakala lagi 11.9 % daripadanya telah lama mengamalkan cara ini sejak sekian lama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sejak data mengenai trend ini tular, faktor utama ‘suwari-shon’ ini adalah disebabkan oleh kekotoran yang dibuat akibat percikan air kencing semasa membuang air kecil.

Pertimbangan bagi mereka yang perlu membersihkan kekotoran yang dibuat adalah paling tinggi dalam kalangan mereka. Selain itu, ada juga sesetengah responden merujuk kepada keselesaan untuk berehat di tempat duduk tandas dan membolehkan mereka memeriksa telefon semasa membuang air kecil.

Tomoyuki Isowa, pemilik perniagaan yang berusia 53 tahun berkata, dia diminta oleh anaknya untuk kencing sambil duduk semasa melawat ke rumahnya dan diyakinkan oleh program televisyen mengenai tabiat buruk lelaki ketika membuang ar kecil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ada juga tinjauan yang berpendapat bahawa ibu dan isteri menggalakkan mereka untuk duduk bagi mengelakkan air kencing tersebut terpercik.

Selain itu, terdapat sebuah syarikat yang mencipta satu pelekat bagi menggalakkan kaum lelaki untuk membuang sambil duduk dengan menyatakan ‘suwari-shon’ lebih diminati oleh kaum wanita.

Walaupun penyokong ‘tachi-shon’ (kencing berdiri) mendakwa bahawa aliran air kencing akan tersekat ketika duduk, majoriti daripadanya tidak mengambil peduli.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Oddity Central

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BEIJING – Sejenis virus baharu digelar Langya dipercayai menjadi punca berpuluh-puluh penduduk China mengalami simptom seperti selesema dengan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LONDON: Hampir satu pertiga isi rumah di United Kingdom (UK) bakal terjerumus ke dalam kemiskinan pada musim sejuk...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KOTA BHARU – Polis berjaya mengiringi dan membawa penyong Perak FC yang terkepung di dalam Stadium Sultan Muhamad...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. DI sebalik popularitinya, kehidupan penyanyi Chungha juga ada pasang surut dan kesukaran memandangkan dia dibesarkan sendirian oleh ibunya....

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications