Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Lebih Sejuta Tontonan, Tular Ular ‘Bergelek’ Ikut Rentak Muzik


Lebih Sejuta Tontonan, Tular Ular ‘Bergelek’ Ikut Rentak Muzik

Sebut sahaja ular, sememangnya ramai yang gerun dengan kelibat haiwan ini kerana ia boleh mengancam nyawa.

Hal ini kerana ular biasanya mempunyai bisa yang tersimpan pada taring mereka sewaktu mematuk mangsa atau ketika ia berasa terancam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun ada juga sesetangah haiwan ini menggunakan kekuatan otot badan untuk membelit mangsanya hingga ke nafas terakhir.

Walaupun menakutkan, dari sisi lain haiwan ini juga seringkali dikaitkan dengan muzik seperti persembahan muzik jalanan.

Kebiasaan hanya orang tertentu sahaja yang dapat bermain alat muzik bersama reptilia berbisa itu. Antaranya dendangan alunan seruling bersama ular tedung atau lebih dikenali dengan nama ‘King Cobra’. Ia sering dipertontonkan kepada orang awam di kawasan terbuka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ular Sakan ‘Gelek’ Dengar Lagu

Baru-baru ini tular seekor ular seolah-olah menari dan berjoget sewaktu mendengar radio setelah ia mengeluarkan bunyi muzik.

Dalam video yang dimuat naik oleh @nanii0293 memaparkan sebuah radio yang berada di atas meja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa yang sama, terdapat seekor ular berbadan agak kecil menjenguk di sebelah barangan elektrik tersebut.

Anehnya, haiwan berkenaan pada awalnya berada dalam keadaan kaku sebelum gajet itu mengeluarkan muzik. Selepas itu, ular berkenaan secara tiba-tiba seperti mengikut rentak dan irama muzik berkenaan.

Reptilia itu menggerakkan badannya seperti ke kiri dan ke kanan sambil badannya semakin “berombak” pada bahagian kepala.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA JUGA: Tengah Syok Rakam, Pemilik Rumah Terkejut Tiba-Tiba Ular Terpelanting Dari Kipas Siling

Walaupun sedikit demi sedikit menyusur dari atas meja tersebut, ular berkenaan itu seperti masih ‘layan’ bunyi muzik yang dikeluarkan oleh peranti itu sebelum beredar dari kawasan itu.

Untuk makluman, video berkenaan mendapat lebih 1.4 juta tontonan, dengan lebih 130,000 ribu tanda ‘Suka’ dan lebih 4,000 komen dari netizen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

@nannii0293

น้อนอยากแดนส์แหละ #ขอเพลงที่มีงูหน่อย #โยกเบาๆ

♬ เสียงต้นฉบับ – Peerapong Meesiri – Peerapong Meesiri

Ular Sawa Tumpang Kereta 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, tular seekor ular dipercayai jenis Sawa Batik secara tiba-tiba muncul di atas sebuah kenderaan.

Reptilia berwarna coklat itu menyusur-nyusur di atas cermin kereta yang sedang bergerak. Perkara itu sekaligus menimbulkan panik kepada pemuda yang berada di dalam kenderaan tersebut

Keadaan semakin ‘panas’ apabila reptilia itu bergerak dari cermin depan menuju cermin penumpang hadapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, ular sawa itu akhirnya tergelincir dari kenderaan itu di atas jalan raya.

Sumber: TikTok @nanii0293

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s LONDON – Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino menyeru agar barisan pemain waspada dengan ancaman yang boleh diberikan Crystal Palace menjelang aksi Liga Perdana Inggeris...

Hiburan

3s BIARPUN menjadi mangsa kecaman ramai selepas berkahwin dengan suami orang tanpa pengetahuan isteri pertama, pengikut Instagram pempengaruh, Marissa Dania Hakim naik mendadak. Berdasarkan...

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Lebih baik tanya Norman sendiri.” Demikian jawapan diberikan bapa tiri kepada pempengaruh, Marissa Dania Hakim, 19, iaitu Muhammad Faizal Zakaria...

Hiburan

3s SARAT nostalgia. Itulah gambaran nuansa konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity apabila Zepp Kuala Lumpur berkumandang dengan deretan lagu malar segar...

Advertisement