Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Legenda negara luah rasa kecewa


LEGENDA badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei merupakan pemain negara terakhir yang berjaya merangkul gelaran pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia ketika melakukannya pada edisi 2018.

Sejak itu, tidak ada lagi pemain Malaysia berjaya menamatkan kemarau kejuaraan di laman sendiri dan ia berterusan selama enam tahun sehingga ke Terbuka Malaysia 2024 yang melabuhkan tirainya semalam.

Lebih malang, tidak ada satu wakil negara pun melangkah ke perlawanan akhir dengan pencapaian terbaik menerusi dua beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin yang tersingkir di suku akhir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Situasi itu jelas mengecewakan bekas pemain skuad Piala Thomas 1992, Datuk Razif Sidek apabila tidak ada kelibat pemain negara di pentas final.

“Pada pandangan saya, pemain-pemain sepatutnya melakukan persiapan lebih baik kerana ini adalah kejohanan Super 1000 dan ramai pemain luar negara datang. Ini peluang terbaik untuk menonjol, tetapi tidak dimanfaatkan sebaiknya.

“Kita bermain di laman sendiri, namun wakil negara tidak ambil kesempatan mara ke perlawanan akhir. Memang rasa kecewa kerana kita ada banyak peruntukan, fasiliti dan juga pertandingan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tidak tahu siapakah harus dipersalahkan kerana saya enggan tuding jari kepada sesiapa. Saya harap ia dapat diperbaiki, bukan sahaja pemain, malah pihak pengurusan juga harus lebih serius,” ujar Razif ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sementara itu, Chong Wei menjelaskan, kata-kata nasihat yang dilontarkan sebelum ini bukanlah bertujuan untuk ‘membunuh’ karier pemain, namun hanya mahu berkongsi pengalaman bagi membantu generasi baharu untuk bangkit.

“Bukan saya seorang sahaja sedih, malah peminat dan BAM (Persatuan Badminton Malaysia) juga sama. Ada orang marah saya komen mengenai pemain, tetapi apa saya cakap memang betul kerana kita mahukan yang terbaik untuk generasi muda ini,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement