Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Lelaki ‘Bertanduk’ Meninggal Dunia Pada Usia 140 Tahun


Lelaki ‘Bertanduk’ Meninggal Dunia Pada 140 Tahun

Seorang lelaki ‘bertanduk’ dilaporkan meninggal dunia pada usia 140 tahun selepas menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan seakan tanduk pada kepalanya.

Ali Anter, yang dipercayai lelaki tertua di Yaman mendapat perhatian dunia sebelum ini selepas keadaan misterinya menjadi tular. Ali menderita ketumbuhan seakan-akan tanduk yang tumbuh pada bahagian kepalanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Mirror UK lagi, Ali mula menderita ketumbuhan tersebut sebaik sahaja beliau mencecah usia 100 tahun. Salah satu ketumbuhan tersebut berbentuk gegelung dan tumbuh ke bahagian bawah merentasi wajahnya.

Ali Anter turut dipercayai sebagai lelaki tertua di dunia buat masa ini

Menyentuh punca kematian Ali, keluarganya mendakwa dia menerima rawatan daripada individu tidak terlatih. Individu berkenaan dipercayai cuba mencabut ketumbuhan berkenaan dengan menggunakan peralatan panas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, mereka memberitahu kematiannya turut berpunca daripada keadaan kesihatannya yang semakin merosot disebabkan usianya yang semakin lanjut.

Walau bagaimanapun, ahli keluarga terdekatnya tetap mendakwa kematian Ali tersebut dipercepatkan melalui prosedur yang gagal, lapor akhbar Yaman, Aden al-Ghad.

Ali dilapor memiliki lebih daripada 70 orang cucu

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sungguhpun tiada diagnosis yang dapat mengesahkan keadaan luar biasa berkenaan, ketumbuhan Ali dipercayai adalah ketumbuhan ‘tanduk kulit’.

Tanduk kulit atau cutaneous horns merupakan sejenis tumor kulit yang dihasilkan menerusi keratin, sejenis protein yang menghasilkan rambut, kuku dan kuku haiwan.

Keadaan istimewa ini sering dihidap golongan yang berusia serta orang-orang yang memiliki kulit cerah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rekod orang tertua di dunia terkini

Sebelum pemergian Ali, Guinness World Records telah menamakan wanita Afrika Selatan, Johanna Mazibuko sebagai orang tertua di dunia.

Johanna Mazibuko (128) merupakan ibu kepada tujuh orang anak dan dilaporkan meninggal dunia di rumahnya yang terletak di barat laut negara tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penjaga merangkap menantu perempuannya, Thandiwe Wesinyana memberitahu News24 bahawa punca kematian wanita tersebut mungkin berpunca dari strok.

Walau bagaimanapun, laporan mengenai dakwaannya sebagai orang tertua dunia tidak dapart disahkan secara rasmi. Setakat ini, wanita kelahiran AS, Maria Branyas Morera dinobatkan sebagai orang tertua dunia dalam Guinness World Records.

Ketika rekod tersebut dibuat, wanita tersebut berusia 115 tahun pada Januari lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Amerika Dedah Detik Jet Rusia ‘Belanggar’ Dengan Dron Miliknya

Sumber: Mirror.uk

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement