Hi, what are you looking for?

Mamak News

Lelaki diberkas, seludup dadah 23.1 kg guna kereta keluarga


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

MELAKA – Seorang lelaki sanggup menggunakan kereta milik keluarganya untuk menyeludup keluar dadah jenis syabu seberat 23.1 kilogram yang bernilai RM834,768, bagi pasaran luar negara.

Kegiatan suspek berusia 50 tahun itu bagaimanapun berjaya dihidu polis sebelum diberkas dalam serbuan kira-kira pukul 12.10 tengah malam tadi di Pulau Melaka, di sini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, hasil risikan selama sebulan, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka bersama anggota Batalion 6, Pasukan Gerakan Am (PGA), Johor berjaya mengesan pergerakan suspek di lokasi berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ketika serbuan dilakukan, suspek cuba melarikan diri namun dia telah dikepung seramai 18 pegawai dan anggota yang berada di lokasi.

“Hasil pemeriksaan kenderaan jenis Saga BLM dipandu, kita menjumpai tiga beg galas mengandungi bungkusan teh Cina berwarna kuning yang didalamnya berisi dadah syabu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, hari ini.

Antara dadah yang dirampas.

Tambahnya, tangkapan itu adalah yang pertama melibatkan penyeludupan di Pulau Melaka dan pihak polis percaya ia menjadi lokasi baharu ‘transporter’ selepas kawasan lazim iaitu di perairan di Tanjung Kling telah dikawal rapi penguat kuasa.

Mengulas lanjut beliau berkata, hasil semakan lanjut, suspek didapati telah menggunakan kenderaan milik keluarganya untuk melakukan kegiatan itu yang dipercayai aktif sejak sebulan lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Suspek merupakan warga tempatan yang berasal dari Johor dan telah menggunakan kereta keluarganya untuk menyeludup keluar dadah ini.

“Lelaki tersebut juga masih bujang dan mempunyai empat rekod lampau di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka, Seksyen 39(B) dan Seksyen 56 (1) Akta Imigresen serta Seksyen 6 (1) Akta Kakisan dan Letupan,” katanya.

Ujarnya, hasil ujian saringan air kencing ke atas lelaki berkenaan bagaimanapun didapati negatif dan suspek kini direman selama tujuh hari membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KYIV: Lebih 15,000 orang awam hilang ketika perang di Ukraine, menurut seorang pegawai Suruhanjaya Antarabangsa berkaitan Individu Hilang...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LIPIS – Sepasang suami isteri berusia 55 dan 58 tahun berhadapan detik mencemaskan apabila seekor harimau akar menceroboh...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. DOHA – Penjaring gol tunggal Jerman, Ilkay Gundogan mengecam aksi rakan sepasukannya dan menyifatkan pasukannya telah memudahkan tugas...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. GRS Secara Rasmi Akan Sertai Kerajaan Perpaduan – PM Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pada hari...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications