Hi, what are you looking for?

Mamak News

Lelaki didakwa terima deposit pelaburan tanpa lesen RM449,700 


SEREMBAN: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari atas pertuduhan menerima deposit tanpa lesen sebagai suatu pelaburan keseluruhan RM449,700, tiga tahun lalu.

Tertuduh, B. V. Jagdeep Singh, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Diana Md. Razali.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa bersetuju menerima deposit daripada seorang lelaki menerusi enam transaksi bank berjumlah antara RM25,200 hingga RM235,000, sebagai suatu pelaburan yang mana tertuduh tidak mempunyai lesen bagi tujuan terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Bandar Nilai di sini antara 25 Jun hingga 17 Ogos 2019.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 137(2) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM50 juta atau kedua-duanya sekali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Christopher Enteri Anak Mawan menawarkan jaminan sebanyak RM50,000 serta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Peguam, Harjinder Singh Sandhu kemudian memohon jaminan minimum dikenakan ke atas anak guamnya atas alasan tertuduh tidak mempunyai pekerjaan tetap dan menanggung isteri serta tiga orang yang masih kecil.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 bagi kesemua pertuduhan dan kes akan disebut semula 14 Februari depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.



Sumber: Utusan Malaysia

Teruskan Membaca

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Bersangka baik pada bulan puasa, tiada istilah terpaksa dalam diri saya.” Demikian respons ibu kepada penyampai radio dan pelawak, Shuib...

Travel

0 Langkawi antara destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan ramai, malah pulau bebas cukai itu juga mempunyai banyak tarikan lain untuk dilawati. Nak cari penginapan...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa buah negeri sehingga pukul 6...

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang lelaki dari wilayah Soppeng di Sulawesi Selatan ditahan polis selepas bertindak kejam membunuh bapa tirinya yang sedang tidur dengan menggunakan sebatang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications