Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Lelaki Dipenjara 263 Tahun, 20 Sebatan Lakukan Jenayah Seksual Terhadap Anak Tiri


Lelaki Dipenjara 263 Tahun, 20 Sebatan Lakukan Jenayah Seksual Terhadap Anak Tiri

MELAKA, 15 Mei (Bernama) — Seorang pengajar kelas renang dihukum penjara berjumlah 263 tahun dan 20 sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas 32 pertuduhan melakukan jenayah seksual terhadap anak tiri perempuannya yang kini berusia 16 tahun, sejak tiga tahun lepas.

Lelaki berusia 36 tahun itu dikenakan hukuman tersebut selepas kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Dharmafikri Abu Adam dan Hakim Mohd Sabri Ismail.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan hukuman terhadap tertuduh berjalan secara serentak selama 35 tahun bermula dari tarikh dia ditangkap pada 8 April lepas.

Tertuduh mengaku bersalah merogol anak tirinya membabitkan 11 pertuduhan di bawah Seksyen 376(2)(D) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

BACA: Polis Tahan Pengasuh Disyaki Dera Bayi Lelaki

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tertuduh turut mengaku bersalah atas lapan tuduhan di bawah Seksyen 377 CA kanun sama kerana melakukan seks menggunakan objek tanpa kerelaan mangsa sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Bagi 12 pertuduhan lagi, tertuduh mengaku bersalah mengikut Seksyen 14(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja terbabit.

Tertuduh juga mengaku bersalah atas tuduhan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan kerana merogol mangsa sama setelah usianya melepasi 16 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesemua kesalahan itu dilakukan antara Januari 2020 sehingga 14 Mac 2023 lalu iaitu sejak mangsa berusia 13 tahun di sebuah taman perumahan di Jasin.

Pendakwaan dikendalikan secara berasingan oleh Timbalan Pendakwa Raya, N. Siva Shangari dan Muhammad Nazrin Ali Rahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Ibu Didakwa Amang Seksual Dua Anak Lelaki, Arah Rakaman Pornografi

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement