Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Lelaki diselamatkan dari gua Turkiye stabil


MERSIN: Seorang pendaki gua Amerika Syarikat (AS) berjaya diselamatkan selepas terperangkap lebih seminggu di dalam gua bawah tanah sedalam 1,000 meter di selatan Turkiye.

Mark Dickey, 40, yang sedang dalam misi penerokaan antarabangsa di gua Morca di pergunungan Taurus wilayah Mersin dilaporkan mengalami masalah pendarahan gastrousus .

Lebih 200 penyelamat dari Turkiye, Croatia, Itali, Hungary, Poland, Romania, Ukraine dan beberapa negara lain dari seluruh Eropah bertungkus- lumus selama hampir sembilan hari untuk menyelamatkannya dari gua ketiga terdalam di negara itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dickey dilaporkan terperangkap di kawasan gua yang dikelilingi oleh kawasan curam dan laluan sempit.

Suhu di dalam gua tersebut mencecah 39 darjah Celcius dengan persekitaran yang lembap dan basah menyukarkan operasi menyelamat.

Panggilan untuk membantu Dickey dikeluarkan daripada Persatuan Penyelamat Gua Eropah pada 2 September lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Cabaran terbesar bagi penyelamat adalah bahagian menegak yang curam dan menavigasi melalui lumpur serta air pada suhu rendah di bahagian mendatar.

“Akhirnya, satu rancangan disusun dengan pasukan dibahagikan mengikut kewarganegaraan dan berpisah di pelbagai kedalaman untuk membawa Dickey melalui kawasan yang lebih tinggi daripada Bangunan Empire State itu.

“Setiap pasukan membantu membawa Dickey pada jarak sekitar 178 meter,” kata juru cakap anggota penyelamat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas berjaya dibawa keluar, Dickey dikejarkan ke hospital di bandar Mersin dan kini berada dalam keadaan stabil.-AGENSI


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Panik melihat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan menyebabkan ada penunggang motosikal sanggup membahayakan diri dengan melawan arus bagi...

Mamak News

0 “Tidak Mencela, Memfitnah, Memaki Hamun Terhadap Sesiapa, Keindahan Pekerti Dan Akhlak Rasulullah SAW” – PM PUTRAJAYA —  Bersempena sambutan Maulidur Rasul, Perdana Menteri,...

Mamak News

0 IPOH – Sebanyak 10,568 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Khas Motosikal 2023 dilancarkan bermula 1...

Sukan

0 IPOH – Biarpun membuat penampilan sulung pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, namun ia ternyata tidak mendatangkan masalah buat pelumba Caja...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications