Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Lelaki Jujur Pulangkan Balik 60 Unit iPhone Apple Tak Sengaja Hantar


lelaki pulangkan iphone

Lelaki Jujur Pulangkan Balik 60 Unit iPhone Apple Tak Sengaja Hantar

Situasi yang tidak dijangka telah menimpa seorang lelaki berusia 25 tahun di mana sebanyak 61 unit iPhone 15 Pro Max telah dihantarkan ke rumahnya secara tidak sengaja oleh pihak Apple, diibaratkan seperti durian runtuh.

Menurut @legends_gio di TikTok, dia hanya menempah empat unit iPhone 15 Pro Max termasuk seunit model 1TB untuk dirinya manakala tiga yang lain ialah varian 256GB untuk pasukan media.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya menempah empat iPhone 15 Pro Max dari Apple pada September lalu. 

“Saya terima mesej iPhone yang dipesan akan sampai pada hari ini dan saya telah menerima seunit iPhone 15 Pro Max 1TB tetapi saya tidak dapat lagi tiga iPhone 15 Pro Max 256GB yang ditempah,” katanya.

Jelasnya, dia telah menerima kotak kecil yang berisi seunit iPhone 15 Pro Max 1TB namun tidak menyangka bungkusan kecil itu datang bersama tiga lagi kotak yang besar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kredit: @legends_gio/TikTok

Persoalan mula timbul berkaitan dengan tiga bungkusan besar itu dan dia mula membawa salah satu daripadanya ke dalam rumah.

Apabila kotak besar itu dibuka dia mendapati bahawa ia mengandungi sebanyak 20 unit iPhone 15 Pro Max 256GB di dalamnya.

“Saya tidak menempah dengan banyak barangan daripada Apple. Tetapi apabila saya buka kotak, perkara yang tidak dijangka berlaku di mana ada banyak iPhone 15 Pro Max,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jumlah keseluruhan iPhone 15 Pro Max yang diterima oleh pemuda tersebut ialah 60 unit, yang diletakkan dalam tiga kotak besar.

Perkara itu membuatkan dia terkejut sekali gus tidak menyangka ia terjadi kepada dirinya dan pemuda itu sempat membuat dakwaan bahawa telefon bimbit yang diterima adalah palsu.

BACA: Selalu Kongsi Resipi, Kali Ini Khairul Aming Buat “Review” iPhone 15 Pro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas menghubungi Apple, mereka mula mencari jalan penyelesaian dan lelaki itu mengatakan dia akan memulangkan semula bungkusan-bungkusan tersebut kepada pihak berkenaan.

Katanya, dia tidak akan memberikan peranti tersebut kepada orang yang tidak dikenali, melakukan giveaway atau menjualnya kerana iPhone berkenaan akan dipulangkan kepada Apple.

Seperti yang dijanjikan, lelaki itu pergi ke salah satu premis Apple dan memulangkan semua 60 unit iPhone 15 Pro Max kepada pihak tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Atas salah faham yang berlaku, Apple telah memberikan empat unit iPhone 15 Pro Max secara percuma kepadanya sebagai ganti pemulangan 60 unit iPhone tersebut.

@legends_gio

Someone reallyyy screwed up 😭 #fyp

♬ original sound – Legends_gio

Sumber: @legends_gio/TikTok

Advertisement. Scroll to continue reading.

The post Lelaki Jujur Pulangkan Balik 60 Unit iPhone Apple Tak Sengaja Hantar appeared first on Siakap Keli.


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou enggan para pemainnya terlalu kecewa dan mengenang kekalahan 1-2 kepada West Ham United kelmarin sekali gus...

Lifestyle

0 Ini antara gerai yang menjual laksa Sarawak di Singapura Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura. Kehidupan anak perantau kadang...

Mamak News

0 Kes Zayn Rayyan: Polis Ambil 228 DNA Penduduk Apartment Idaman PETALING JAYA, 10 Dis (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil sejumlah...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications