Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Lifestyle

Lelaki Kantoi Menyamar Pakai Purdah, Duduk Dalam Surau Perhati Wanita Tukar Baju


Penyamar di dalam surau kantoi perhati wanita tukar pakaian

Lelaki Kantoi Menyamar Pakai Purdah, Duduk Dalam Surau Perhati Wanita Tukar Baju. Baru-baru ini, seorang lelaki didakwa mahu memuaskan nafsu serakahnya, terbongkar selepas berjaya dihidu oleh seorang wanita di sebuah surau, Indonesia.

Menerusi perkongsian individu yang memuat naik rakaman tersebut di laman TikTok, dipercayai penyamar itu memakai sehelai jubah, malah siap berpurdah hitam. Penyamar kemudian duduk di sudut surau sambil memegang telefon bimbit.

Mengekorinya dari tandas hingga masuk ke surau

Menurut sumber, wanita itu menyatakan bahawa penyamar berkenaan dipercayai mengekorinya dari tandas dan turut mengikut masuk ke dalam surau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas itu, wanita tersebut menukar bajunya di dalam surau, namun timbul perasaan tidak sedap hati apabila ‘wanita berjubah hitam’ itu seperti memerhatinya.

Keluar dari surau dan segera memanggil kakitangan untuk memeriksa ‘wanita berpudah’ itu

Dalam pada itu, dia berasa curiga dengan kelakuan si penyamar, lalu bertindak keluar dari surau dan segera memanggil beberapa lelaki dipercayai kakitangan di premis tersebut.

Difahamkan, beberapa lelaki masuk ke dalam surau tersebut lalu bertanyakan beberapa soalan, malah si penyamar tidak menjawab dan hanya menggunakan isyarat tangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bahkan, mereka cuba berlembut dan memintanya untuk menanggalkan purdahnya, tetapi ‘wanita’ terbabit enggan menurutinya.

Wanita itu menangis kerana auratnya sudah dilihat oleh lelaki

Susulan itu, mereka terpaksa melakukannya secara paksa dan ternyata benar individu yang berselindung di sebalik purdah itu adalah seorang lelaki. Sejurus pendedahan itu, wanita tersebut menangis kerana trauma dan auratnya sudah dilihat oleh lelaki berkenaan.

“Kenapa kamu buat begini? Sudah berapa lama kamu buat kerja ini?” tanya beberapa lelaki yang datang bersama wanita berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi tindakan lanjut, mereka kemudian mengambil telefon bimbit milik lelaki itu dan membawanya keluar dari surau.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Sukan

3s SHAH ALAM – Skuad badminton lelaki negara meneruskan rentak cemerlang pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 apabila mudah membenam Kazakhstan 5-0 dalam...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelakon Azri Iskandar menangkis dakwaan segelintir individu yang menuduhnya sebagai kaki kikis apabila dikatakan suka mengambil kesempatan terhadap wanita. Kata...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Selepas dua tahun bercinta, penyampai radio atau deejay Fly FM, Arieff Yong melamar kekasih asal Sepanyol di sebuah pawagam pada...

Advertisement