Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Lelaki langgar gajah berdepan tindakan undang-undang


BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand berdepan pertuduhan melanggar Akta Taman Negara selepas kereta dipandunya merempuh seekor gajah di Taman Negara Khao Yai, wilayah Nayok, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kawin Kaewkong, 49, cedera ketika kejadian dan dihantar ke Hospital Pak Chong untuk menerima rawatan. Pegawai taman negara masih mencari gajah yang cedera untuk memberikan rawatan.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 7 malam (waktu tempatan) pada Selasa lalu di Jalan No. 3077 antara pintu masuk taman negara di Nakhon Nayok dan pejabat taman negara di Prachin Buri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kawin merempuh gajah itu dengan kuat sehingga ia terjatuh di atas keretanya. Dia memberitahu renjer hutan bahawa gajah itu melarikan diri ke dalam hutan selepas dilanggar.

Ketua Taman Negara Khao Yai, Chaiya Huayhongthong berkata, pasukannya menjalankan operasi pencarian sejak pukul 8 pagi (waktu tempatan) semalam namun ia gagal ditemui.

Chaiya percaya ia adalah seekor gajah muda yang selalu muncul bersama kumpulannya di lokasi kejadian. Misi pencarian itu berbahaya kerana banyak gajah, lembu dan haiwan lain hidup di kawasan itu dan boleh membahayakan renjer hutan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Chaiya, kemalangan itu berlaku kerana Kawin memandu terlalu laju di kawasan gelap. Beliau menggesa pengguna jalan raya untuk lebih berhati-hari dan mengurangkan kelajuan ketika memandu di kawasan taman negara.

Jika sabit kesalahan, Kawan berdepan hukuman penjara tidak lebih satu bulan atau denda tidak melebihi 1,000 baht (RM125) atau kedua-duanya sekali. – Agensi


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement