Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Lelaki lemas ketika jala ikan


JOHOR BAHRU – Seorang lelaki ditemui mati lemas dipercayai ketika menjala ikan di Sungai Tebrau, di sini hari ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Shahril Sapar berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian itu pada pukul 12.42 tengah hari.

Sehubungan itu, 15 anggota termasuk daripada Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dikejar ke lokasi kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Unit PPDA melakukan kaedah ‘skin dive’ untuk membuat pencarian. Mangsa kemudiannya ditemui pada pukul 3.35 petang pada jarak lima meter dengan kedalaman empat meter dari lokasi dilaporkan terjatuh.

“Mangsa yang dikenali sebagai Norazmi Saamin, 39, itu disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian dan operasi ditamatkan pada pukul 4.17 petang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JASIN – Sebanyak 9,000 kampit beras putih pek 10 kilogram (kg) akan dijual pada harga RM26 di program khas jualan terbuka di semua...

Mamak News

0 MANILA: Dewan Rakyat Filipina meluluskan belanjawan 2024 bernilai 5.768 trilion peso (AS$101.3 bilion atau RM476.9 bilion) termasuk peningkatan pembiayaan keselamatan di Laut China...

Sukan

0 PETALING JAYA – Gimnas negara, Sharul Aimy Kamaru Hisam mencipta kejutan apabila membawa pulang pingat gimnastik artistik Sukan Asia Hangzhou menerusi disiplin melombol...

Mamak News

0 Kebakaran Tahfiz: Pemuda Rayu Ke Mahkamah Persekutuan Terhadap Sabitan Bunuh PUTRAJAYA, 29 Sept (Bernama) — Seorang pemuda memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan atas sabitan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications