Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom Lelaki Lemas Terjatuh Dalam Tasik Ketika hiking Di Johor

Mamak News

Lelaki Lemas Terjatuh Dalam Tasik Ketika ‘Hiking’ Di Bukit Lunchu


Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam tasik ketika sedang mendaki bukit di sekitar Tasik Hijau, Bukit Lunchu, di sini hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Faiz Daniel Maula Mohd Nor, 26, ditemukan di lokasi kedalaman 12 meter di tasik berkenaan pada jam 2.24 petang.

| Kampungmamakcom Lelaki Lemas Terjatuh Dalam Tasik Ketika hiking Di Bukit Lunchu
Gambar sumber JBPM Johor

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Timbalan Penguasa Bomba II, Ibrahim Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada pukul 10.22 pagi.

Menurutnya lelaki itu mendaki bukit bersama lima hingga enam rakannya, dan berdasarkan maklumat daripada saksi di tempat kejadian, dipercayai terdapat satu batu terjatuh dari atas dan menghempap Mohd Daniel, menyebabkan dia terjatuh ke dalam tasik berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
| Kampungmamakcom Lelaki Lemas Terjatuh Dalam Tasik Ketika hiking Di Bukit Lunchu
Gambar sumber JBPM Johor

“Operasi pencarian dilakukan di sekitar persisiran tasik dan mayat ditemukan di kedalaman 12 meter di tasik itu oleh pasukan khas PPDA kira-kira 30 kaki daripada tempat dia dipercayai terjatuh,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada pukul 3.30 petang.

BACA: Berlari 367km Sebulan & Berbasikal 1,300km Seminggu, Lelaki Hampir Maut Sukan Berlebihan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement