Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Lelaki maut dibaham harimau peliharaan majikan di Kalimantan Timur


JAKARTA: Seorang lelaki di Samarinda, Kalimantan Timur maut dibaham harimau peliharaan majikannya ketika memberi makan kepada haiwan itu.

Suprianda, 27, ditugaskan memberi makan harimau itu setiap hari namun insiden tragis itu berlaku ketika dia melakukan rutin harian tersebut kira-kira pukul 10.30 pagi (waktu tempatan) Sabtu lalu.

Suprianda dilaporkan tiba di rumah majikannya di Kampung Sempaja Barat, Daerah Samarinda Utara bersama isteri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Adik mangsa, Hanifah berkata, abangnya selalu menjemput isterinya masuk ke dalam rumah namun pada hari kejadian, Suprianda meminta isterinya menunggu di luar.

“Dia kata tunggu saja. Tak lama sebab nak pergi kenduri kahwin kawan. Tapi selepas tiga jam menunggu Suprianda masih belum keluar dari rumah itu,” kata Hanifah dipetik Tribun Kaltim.

Berasa bimbang, isterinya masuk melalui akses rahsia yang ditunjukkan suaminya dan hampir histeria melihat mayat suaminya yang cedera parah dibaham harimau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Isteri Suprianda kemudian bergegas keluar dan segera melaporkan kejadian itu kepada pegawai Polis Sungai Pinang.

Ketua Perhubungan Awam Polis Wilayah Kalimantan Timur, Kombes Pol Yusuf Sutejo mendedahkan, mangsa bekerja dengan pemilik rumah itu sejak tiga tahun lalu dan polis kini sedang menyiasat dakwaan kecuaian serta pelesenan pemilikan harimau itu.

“Polis akan berkoordinasi dengan Badan Pemuliharaan Sumber Asli Kalimantan Timur (BKSDA) untuk memindahkan harimau itu. Apa yang jelas haiwan itu tidak boleh lagi diletakkan di situ kerana tiada kebenaran,” jelas Yusuf.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Utusan Malaysia

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Kali terakhir dilihat di Sungai Maong, Kuching Pemilik Dakwa Boleh Bergerak Laju, Kura-Kura Gergasi Melarikan Diri Di Kuching. Individu ini muat naik iklan...

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Sukan

0 PETALING JAYA – Skuad hi remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 2-5 di Stadium Hi Nasional, Bukit Jalil sebentar...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications