Hi, what are you looking for?

Mamak News

Lelaki raba, cium budak 12 tahun dalam lif diberkas


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PUTRAJAYA – Polis berjaya menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes cabul membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dalam sebuah lif di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, lelaki berkenaan ditahan petang Khamis lalu di sekitar Pasar Kajang.

Beliau berkata, suspek akan direman untuk siasatan kes di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dalam kejadian Rabu lalu, mangsa yang juga kanak-kanak berusia 12 tahun telah dicabul seorang lelaki dalam sebuah lif.

“Kejadian itu terbongkar selepas mangsa menceritakan insiden tersebut kepada ibunya.

“Mangsa memaklumkan telah diraba dan pipinya dicium oleh suspek ketika menaiki lif dari aras G untuk ke tingkat lapan,” katanya ketika di hubungi di sini, hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, suspek kemudian dikatakan terus lari di tingkat empat blok kediaman itu dan turun ke tingkat G sebelum menghilangkan diri dengan menaiki sebuah kereta.

A Asmadi berkata, satu laporan dibuat ibu mangsa di Balai Polis Presint 7 Putrajaya, pada pagi semalam.

“Siasatan awal mendapati, suspek berusia 19 tahun itu pernah menjadi anak murid kepada ibu mangsa di sebuah sekolah di Putrajaya,” katanya.-KOSMO! ONLNE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications