Hi, what are you looking for?

Mamak News

Lelaki rompak, bakar kedai dihukum penjara 17 tahun


RAUB – Seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara selama 17 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan rompak dan menyebabkan kecederaan serta membakar kedai runcit pada 23 Julai lalu.

Bagaimanapun tertuduh Zulkiflee Jaafar,50, hanya menjalani hukuman penjara selama sembilan tahun selepas kedua-dua hukuman penjara iaitu masing-masing selama sembilan dan lapan tahun itu berjalan serentak.

Hakim Tuan Ahmad Faizadh Yahaya menjatuhkan hukuman itu terhadap Zulkiflee Jaafar yang mengaku bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan jurubahasa di Mahkamah Sesyen hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengikut pertuduhan pertama tertuduh didakwa melakukan rompak dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Nur Hasanah di sebuah rumah kedai Mara Felda Tersang di Raub kira-kira pukul 2 pagi pada 23 Julai lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan api dengan membakar kedai runcit milik Siti Zulaikha Jalaludin sehingga menyebabkan kerosakan kepada premis tersebut dan kerugian mencecah ribuan ringgit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan dikenakan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rifa’ah’ Izzafi Abdul Mutalif manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama sembilan tahun bagi pertuduhan pertama manakala hukuman penjara lapan tahun bagi pertuduhan kedua yang mana hukuman berjalan serentak dari tarikh ditangkap.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan seorang perompak bertindak kejam apabila bukan hanya membelasah seorang pekerja sebuah kedai runcit sehingga mangsa nyawa-nyawa ikan, malah turut membakar premis itu ketika mangsa di dalam premis itu dalam kejadian di Felda Tersang 1 di sini. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement