Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

Lelaki Serah Diri, Tak Tahan Tiga Bulan Diganggu Bayangan Bekas Kekasih Dibunuhnya


Lelaki Serah Diri, Tak Tahan Tiga Bulan Diganggu Bayangan Bekas Kekasih Dibunuhnya

Kisah seram diganggu entiti ghaib memang bukan satu kisah yang asing lagi dalam budaya masyarakat kita. Gangguan tersebut datang dalam pelbagai cara dan atas pelbagai sebab.

Misalnya, kisah individu yang diganggu bayangan mangsa jenayah pembunuhan yang dilakukannya sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siapa sangka, kisah yang hanya dilihat berlaku dalam filem ini sebenarnya turut berlaku dalam kehidupan sebenar manusia setiap hari.

Bekas pengawal lokap baru-baru ini bercerita kisah seorang lelaki yang datang menyerah diri selepas diganggu dengan bayangan kekasihnya yang telah meninggal dunia.

Tiga bulan diganggu bayangan bekas kekasih dibunuhnya

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkongsian tersebut dibuat lelaki berkenaan melalui akaun TikTok, bernama Daud (@daudyatim).

Kisahnya bermula apabila seorang suspek datang ke balai polis yang menjadi tempat kerjanya sebelum ini untuk menyerah diri.

Tindakan menyerahkan diri selepas melakukan jenayah merupakan satu perkara yang luar biasa dan sudah semestinya mencetuskan kehairanan dalam kalangan pengawai penyiasat di sana.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suspek tersebut telah menyerah diri di balai polis dan mengaku terlibat dalam kes pembunuhan kekasihnya.

“Semasa itu, saya seorang pengawal lokap. Saya bertanya kepada dia ‘Kenapa kamu menyerah diri dalam kes membunuh kekasih ini?’” kata Daud.

Lelaki itu kemudian menceritakan secara panjang lebar jenayah yang dilakukan sebelum ini dan alasan kenapa dia datang menyerah diri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nyawa wanita malang melayang akibat enggan memberikan wang dan barangan kemas kepada teman lelakinya

Menurut Daud yang menceritakan kisah itu semula, jenayah itu bermula selepas suspek meminta wang daripada teman wanitanya tetapi ditolak.

Sungguhpun begitu, suspek masih tidak mahu mengalah. Kemudian, dia terus mendesak untuk diberikan beberapa barang kemas yang lain, termasuk rantai dan gelang yang dipakai teman wanitanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sama seperti reaksinya sebelumnya, wanita itu masih enggan menyerahkan semua barang kemas tersebut. Berang permintaannya ditolak, suspek menjadi hilang kawalan dan bertindak memukul wanita berkenaan pada bahagian kepala.

Pukulan tersebut telah menyebabkan wanita itu rebah dan tidak sedarkan diri. Lelaki berkenaan kemudian terus merampas barangan kemas yang dipakai teman wanitanya.

Rupanya, pukulan tersebut telah menyebabkan pendarahan serius pada bahagian dalam kepala mangsa. Jasad wanita malang yang disangkakan hanya pengsan itu telah diletakkan di dalam semak samun selepas semua barangan kemasnya diambil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apabila suspek memeriksa keadaan jasad kekasihnya pada keesokan harinya, alangkah terkejutnya dirinya ketika mendapati kekasihnya sudah tidak lagi bernyawa.

“Mengetahui perkara tersebut, suspek telah mencampakkan mayat kekasihnya ke dalam sungai,” ujar Daud.

Lelaki itu mula dihantui bayangan kekasih yang pernah dibunuhnya

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seusai kembalinya suspek ke rumah, dirinya tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana diganggu dengan ‘kekasihnya’ yang sudah meninggal dunia.

“Kalau tak tak serah diri di mana-mana balai polis, aku akan ganggu kau,” kata bayangan kekasihnya terhadap lelaki tersebut.

Sejak itulah, suspek menjadi tertekan kerana tidak dapat tidur nyenyak pada waktu malam serta sering diganggu pada waktu Maghrib.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apabila dirinya sudah tidak tahan selepas diganggu setiap masa, akhirnya suspek membuat keputusan untuk menyerah diri di balai polis.

Dengarkan kisah penuh dalam video dibawah.

@daudyatim

#Cegahkemungkaran

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ original sound – DAUD – DAUD

BACA: Ramai Tak Jangka, Ini ‘Bencana’ Menanti Jika Talian Internet Tiba-tiba Hilang Di Seluruh Dunia

Sumber: daudyatim via TikTok

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Madu kepada pempengaruh media sosial Marissa Dania Hakim iaitu Misya Mazlan tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan cahaya mata ketiga dengan...

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Lawan tetap lawan.” Demikian luahan wanita bernama Nazatul Nazira yang berdepan saman daripada pelakon, Puteri Sarah membabitkan tuntutan berjumlah RM1...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Kepada adik-adik yang tengah sekolah, jangan main-main, rugi. Nanti bila umur 40 tahun akan pandang balik.” Demikian pesanan penyanyi Hazama...

Sukan

3s SHAH ALAM – Skuad badminton lelaki negara meneruskan rentak cemerlang pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 apabila mudah membenam Kazakhstan 5-0 dalam...

Advertisement