Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Lelaki Tanam Pokok Pisang Di Tengah Jalan Raya


Lelaki Tanam Pokok Pisang Di Tengah Jalan Raya

Seorang lelaki di Jepun dalam lingkungan umur 50-an telah menanam pokok pisang di tengah-tengah jalan besar di bandar Kurume. Namun dia yang dari wilayah Fukuoka itu diarahkan untuk mencabut pokok-pokok pisang tersebut yang ditanam secara haram.

Dia telah menanam dan menjaga pokok itu selama dua tahun dan tiada siapa yang tahu mengapa lelaki itu mahu menanam pokok pisang di atas tanah yang dianggap harta benda awam. Pokok itu telah membesar dan menghalang pandangan penunggang motosikal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak berkuasa berjaya menjejaki lelaki itu dengan mudah. Ini kerana, dia telah menjaga pokok-pokok pisangnya itu selama dua tahun dan menyiramnya sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Dia telah diarahkan untuk memindahkan pokok pisang itu atau dia akan dikenakan hukuman penjara selama setahun serta denda 500,000 yen (RM15, 623).

BACA JUGA: Berbuah Di Batang Pokok, Spesis Buah Durian “Rare” Di Raub, Pahang

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya rasa sunyi. Saya sunyi tanpa pokok-pokok pisang saya,” kata lelaki itu kepada wartawan selepas dia memindahkan pokok pisangnya itu.

Pokok pisang Kurume telah mendapat perhatian daripada seluruh negara selama beberapa minggu. Pada hari di mana dia harus mengeluarkan pokok-pokok pisang itu dari tanah di tengah-tengah jalan, semua saluran berita telah berada di situ.

Mereka telah menemu ramah lelaki yang menanam pokok itu serta merakam lelaki itu yang cuba untuk makan buah pisang yang masih belum masak lagi. Ia terlalu muda untuk dimakan, tetapi lelaki itu tetap memakannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Yang menimbulkan tanda tanya adalah bagaimana pihak polis tidak dapat mengesan tindakannya itu sedangkan dia telah menanam pokok itu dan menjaganya setiap hari.

Pokok-pokok pisang itu juga telah mendapat ‘rumah’ baharu. Seorang lelaki berumur 80 tahun telah mengambil dua daripadanya. Lelaki itu berjanji untuk menjaga pokok pisang itu dengan baik untuknya.

Manakala lelaki yang telah menanam pokok pisang di Kurume itu telah menghadiahkan pokok yang terakhir sebagai hadiah hari lahir untuk rakannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Oddity Central

The post Lelaki Tanam Pokok Pisang Di Tengah Jalan Raya appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Lifestyle

0 Usaha Bersama BNM-PDRM Tangani Perniagaan Wang Haram di Sarawak BNM Dan PDRM Serbu Lapan Premis Perniagaan Perkhidmatan Wang Tanpa Lesen Di Sarawak. Bank...

Mamak News

0 SEMARANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun tular dalam media sosial kerana kepetahannya bertutur dalam bahasa Inggeris dengan loghat British. Kinara Arnintya Pratista,...

Mamak News

0 NAPLES: Seorang bekas pengedar dadah sanggup menyerahkan sebuah pulau buatan yang dimilikinya di luar pantai Dubai kepada pihak berkuasa Itali dengan harapan hukumannya...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications