Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Lelaki terselamat jatuh dari ketinggian 600 meter ketika daki gunung


WELLINGTON: Seorang pendaki di New Zealand terselamat dari ajal dengan hanya mengalami kecederaan ringan selepas terjatuh dari kawasan puncak setinggi 600 meter ketika mendaki Gunung Taranaki baru-baru ini.

Polis berkata, lelaki itu jatuh dari kawasan yang agak tinggi namun diselamatkan oleh cuaca musim bunga yang melembutkan ais dan membantunya mendarat di atas salji.

Pendaki itu juga dianggap sangat bertuah kerana masih hidup walaupun jarak yang dilaluinya dalam insiden mengerikan itu menyamai Menara Jam Diraja Mekah di Arab Saudi, salah satu bangunan tertinggi di dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelas polis, jarak lelaki itu jatuh juga hampir dua kali ganda bangunan pencakar langit Shard di London.

Menurut BBC, pendaki itu menyertai kumpulan ekspedisi pendakian Gunung Taranaki pada Sabtu lalu sebelum dilaporkan jatuh dari puncak kira-kira tengah hari (waktu tempatan).

“Setelah melihat rakan pendaki mereka meluncur jatuh menuruni gunung dan hilang dari pandangan, seorang lagi anggota kumpulan itu turun untuk mengesannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Seorang anggota pasukan Penyelamat Alpine Taranaki yang juga kebetulan sedang mendaki pada hari sama segera membantu menemukan lelaki yang terjatuh itu,” kata polis.

Menurut Majlis Keselamatan Gunung New Zealand, gunung berapi tidak aktif yang terletak di kawasan terpencil di pantai barat Pulau Utara itu terkenal sebagai salah satu trek pendakian paling berbahaya.

Pada tahun 2021, dua pendaki terkorban selepas terjatuh dari ketinggian yang sama dengan insiden Sabtu lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Utusan Malaysia

Teruskan Membaca

Hiburan

0 DILAHIRKAN dalam keluarga seni membolehkan Sara Ali Khan yang juga anak kepada aktor tersohor, Saif Ali Khan dengan mudahnya memasuki dunia hiburan. Namun...

Mamak News

0 Tindakan Murni Abang Kurier Tolong Lindungi Jemuran “Customer” Dari Hujan Dipuji Tindakan murni penghantar barangan dipuji selepas dia didapati membantu melindungi barangan pelanggan...

Sukan

0 BUKIT MERTAJAM – Pelumba Giant Cycling Team, Deng Penghai tetap meneruskan perjuangan pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 Peringkat 4 dari...

Lifestyle

0 KKM sedia hadapi ancaman pandemik penyakit X Ancaman Penyakit X Makin Hampir, Pakar Jangka 50 Juta Kematian Dan Lebih Bahaya Daripada Covid-19. Pakar...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications