Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

Lelaki Tunai Nazar Sejak 2014, Nak Merangkak Selepas Jalan Kampung Akhirnya Diturap


nazar lelaki merangkak

Lelaki Tunai Nazar Sejak 2014, Nak Merangkap Selepas Jalan Rumah Akhirnya Diturap

Seorang lelaki di Jogjakarta, Indonesia akhirnya dapat menunaikan nazarnya sejak 2014 untuk merangkak selepas jalan di kampungnya diturap.

Lelaki berkenaan merangkak beratus-ratus meter menyelusuri jalan yang baru diturap di Kampun Karangnongko, Mukim Kemiri, Kapanewon Tanjungsari, Gunungkidul, lapor Liputan 6.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebuah video yang merakam tindakan lelaki tersebut turut menjadi viral selepas dimuat naik ke akaun TikTok oleh @ekobudiyono78 dua hari lalu.

Menerusi video berkenaan, lelaki berkenaan dilihat menyarung baju berwarna merah, mengenakan kaca mata hitam dan menjadikan kasut sebagai alas tangan dan lutut ketika merangkak.

Alas berkenaan dipercayai bagi mengelakkan kedua-dua bahagian badan tersebut daripada terluka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomGambar: TikTok @ekobudiyono78

Penduduk kampung juga tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan peristiwa bersejaran berkenaan dan menemani lelaki berkenaan menunaikan nazarnya.

Bukan itu sahaja, lelaki berusia 52 tahun itu juga diiringi oleh beberapa anggota polis.

Difahamkan, dia mula merangkak daripada bahagian depan rumahnya dan menuju ke balai awam di kampung tersebut yang berjarak hampir 1 kilometer.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA JUGA: Kenali Manchineel, Pokok Paling Berbahaya Di Dunia Hingga Digelar “Tree Of Death”

Sebelum ini, laluan di kawasan perkampungan tersebut masih menggunakan tanah dan batuan. Walau bagaimanapun, hasratnya untuk mempunyai laluan berturap akhirnya menjadi kenyataan pada tahun ini.

@ekobudiyono78

#superhacks #FiturSuaraTikTok #bernazar bila depan rumahnya d aspal akan merangkak sampai balai warga

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ suara asli – Eko Budi yono – Eko Budi yono

Untuk makluman, video berkenaan berjaya meraih lebih 14,000 tontonan di platform berkenaan.

BACA JUGA: Nak Beli Kena Pastikan Ada Sticker Biru Ni Dulu, Baru Bil Air Rumah Tak “Melangit”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lelaki Nekad Jalan Kaki Lebih 8,000km Dari India Untuk Tunai Haji

Terdahulu, hasrat seorang lelaki warganegara India untuk menunaikan haji tercapai setelah tiba di Mekah dengan hanya berjalan kaki dari India, lapor India Today pada Jun lalu.

Dia terpaksa mengharungi perjalanan sejauh 8,640 kilometer (km) selama lebih setahun (kira-kira 370 hari) bagi mewujudkan impiannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Shibab memulakan perjalanan pada 2 Jun 2022  dan tiba di Makkah pada 7 Jun lalu.

Sepanjang perjalanan solo berjalan kaki, dia telah kehilangan 18 kilogram (kg). Shihab menjelaskan bahawa dia hanya makan makanan tradisional yang disifatkan baik untuk kesihatan badan.

Sumber: Liputan 6, TikTok @ekobudiyono78

Advertisement. Scroll to continue reading.

The post Lelaki Tunai Nazar Sejak 2014, Nak Merangkak Selepas Jalan Kampung Akhirnya Diturap appeared first on Siakap Keli.


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement