Hi, what are you looking for?

Mamak News

Lelaki usia 83 tahun pandu lawan arus disaman


LUMUT – Seorang lelaki warga emas ditahan pagi semalam selepas dikesan memandu kereta secara melawan arus di Lebuh raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) kelmarin.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata tangkapan terhadap lelaki berusia 83 tahun itu dibuat oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di kawasan plaza tol WCE.

“Polis telah kesan pemilik sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang dipandu secara berlawanan arus di Kilometer 211 arah utara WCE dekat sini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Video kejadian itu telah tular di aplikasi media sosial bertarikh 9 Ogos 2022,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, tindakan saman telah diambil terhadap pemandu tersebut di atas kesalahan memandu melawan arus (Abaikan isyarat lalu-lintas) di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau memaklumkan hasil siasatan awal juga mendapati pemilik kenderaan tersebut mengalami penyakit Alzheimer dan simptom nyanyuk dan sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, ketika kejadian warga emas itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Bharu, Ayer Tawar. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Polis Tahan Lelaki, Disyaki Suspek Kes Bunuh Penyanyi Rap, Tupac Shakur 27 Tahun Lepas Polis Amerika Syarikat menahan seorang lelaki di Las Vegas,...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Keadaan hujan renyai mengiringi paluan berundur Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim...

Mamak News

0 Murid 11 Tahun Maut Ditimpa Palang Gol Ketika Aktiviti Kurikulum BINTULU, 29 Sept (Bernama) — Seorang murid berusia 11 tahun meninggal dunia selepas...

Sukan

0 KOTA BHARU – Aksi perlawanan Liga Super Kelantan FC menentang Sabah FC di Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini, terpaksa ditunda...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications