Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Lelaki Warga Emas Ditahan Ugut Guna Batu


Lelaki warga emas ditahan ugut guna batu

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun yang videonya tular kerana mengugut seorang pemandu dengan menggunakan serpihan batu bata.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Heisham Harun berkata lelaki itu ditahan pada 3 petang tadi di Balai Polis Sentul selepas membuat laporan mengenai kejadian berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki itu yang bekerja sebagai pemandu van mempunyai empat rekod kesalahan jenayah lampau dan akan direman esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menakutkan secara jenayah.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

“Lelaki itu turut disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mengeluarkan kata-kata kesat di tempat awam,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Heisham berkata terdahulu, mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia 25 tahun membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada 2 petang tadi.

Beliau berkata mangsa yang bekerja sebagai ejen hartanah tidak berpuas hati dengan tindakan seorang lelaki yang mengetuk cermin dan membaling sebiji batu ke arah keretanya di lampu isyarat Jalan Metro Prima 1, Kepong di sini pada 28 Dis lepas.

“Sebelum kejadian, mangsa memandu kereta di Jalan Metro Prima dan terdapat sebuah lori menghalang laluannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Suspek yang memandu di belakang mangsa membunyikan hon dan memaksanya meneruskan pemanduan selain memaki hamun kerana tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa mengangkat tangan sebelum beredar,” katanya.

Menurut Heisham ketika mangsa berada di lampu isyarat Jalan Metro Prima 1, suspek telah datang ke arah keretanya sambil membawa serpihan batu bata sebelum mengetuk cermin hadapan dan kanan serta membaling objek tersebut ke arah bumbung kereta.

Video kejadian berdurasi 28 saat berkenaan kemudian tular menerusi media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement