GERIK – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan seekor lembu mati akibat dibaham harimau belang di Kampung Air Panas di sini hari ini.
Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, kejadian tersebut berdasarkan kesan tapak kaki yang dijumpai di kawasan berkenaan.
“Siasatan mendapati, bangkai lembu yang dijumpai di kawasan berkenaan akibat diserang haiwan liar dipercayai harimau belang.
“Pemantauan dan rondaan di kawasan terlibat dan yang berhampiran dilakukan anggota dari semasa ke semasa bagi mengesan keberadaan harimau itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut beliau, perangkap juga akan pasang di kawasan yang dikenal pasti sebagai langkah alternatif mengurangkan risiko serangan terhadap ternakan penduduk. – KOSMO! ONLINE
Sumber: Kosmo Online
RM13.01
