Hi, what are you looking for?

Mamak News

Lesen vokasional khas p-hailing tidak sama dengan GDL


PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) menjelaskan lesen vokasional khas yang dicadangkan kepada penunggang p-hailing kelak tidak sama dengan lesen vokasional (GDL) yang digunapakai ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, beliau memberi jaminan lesen khas itu tidak membebankan pemandu p-hailing sebaliknya ia bertujuan mendapatkan data sebenar komuniti itu di negara ini.

Beliau berkata, lesen khas itu tidak memerlukan pemeriksaan kenderaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan bayaran dikenakan mungkin di bawah RM10 manakala, kursus induksi pula boleh dijalankan secara dalam talian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ini perancangan kita selepas kita dapat kawal selia komuniti ini dan saya akan pastikan proses itu (lesen khas vokasional) mudah, murah dan tidak membebankan penunggang p-hailing.

“Semalam, saya ada lihat beberapa video viral mengaitkan penunggang p-hailing perlu ambil GDL dan membawa kenderaan ke Puspakom. Saya ingin jelaskan maklumat itu tidak betul,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Ditanya sama ada MOT akan ubah nama lesen vokasional itu untuk elakkan persepsi salah dalam masyarakat, Ka Siong berkata, nama khusus bagi lesen itu akan ditentukan kemudian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Nama itu mungkin saya akan pakai permit p-hailing atau ‘p-hailing brotherhood’ dan apa sekali pun namanya ia tidak akan menimbulkan persepsi salah.

“Tetapi dalam kategori p-hailing yang baharu, lesen itu tidak membebankan dan tidak menyusahkan penunggang. Kita tidak mahu ada prasangka dan seolah-olah menzalimi mereka,” katanya.

Katanya, pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] itu antara lain untuk kawal sedia industri p-hailing dan mendaftarkan mereka sebagai pekerja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ka Siong berkata, data dikongsi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) di 11 jalan raya di Kuala Lumpur mendapati 62 peratus daripada 16,308 penunggang p-hailing berhenti di petak kuning dan lintasan pejalan kaki.

“Kajian sama mendapati, 14 peratus daripadanya memegang telefon dan melanggar lampu isyarat; membuat pusingan U di tempat yang tidak dibenarkan (tujuh peratus) dan melawan arus atau melalui trafik bertentangan (tiga peratus),” katanya.

Jelas Ka Siong lagi, ketika ini, MOT tiada data tepat jumlah penunggang p-hailing di negara ini malah, pengendali p-hailing (PHO) juga tiada data sebenar kerana ada yang melakukannya secara sambilan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Selain itu, jika kerajaan ingin memberi bantuan kepada penunggang p-hailing data tersebut akan memudahkan MOT.

“Apabila ada pendaftaran ini, sudah tentu dengan satu butang, kita boleh tahu berapa ramai yang terlibat dan bagaimana kerajaan boleh bantu mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement